Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Akta Kualiti Air Minum...

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan Akta Kualiti Air Minum (DWQA) tidak lama lagi,...

Bom Bunuh Diri Di...

BAQUBA - Sekurang-kurangnya 20 orang maut apabila seorang pengebom meletupkan diri menggunakan tali...

Kastam KLIA Rampas 6...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Tiada Pekerja: Perak Alami...

IPOH: Masalah kutipan sampah di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang di...

5 Sekeluarga Selamat Rumah Dihempap Pokok Petai

BALING – Lima sekeluarga terselamat selepas rumah mereka dihempap pokok petai yang tumbang akibat ribut di Kampung Lubuk Batu, Kuala Pegang di sini dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam.

Dalam insiden itu, sebuah rumah lain turut musnah namun tiada sebarang kemalangan dilaporkan berlaku.

Semasa kejadian pemilik rumah, Ismail Junus, 34, yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya berusia antara 5 hingga 16 tahun berada di dalam rumah sebelum tiba-tiba ia bergegar ditimpa pokok petai yang tumbang.

“Saya bersyukur walaupun bumbung rumah rosak teruk namun kami sekeluarga terselamat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lubuk Batu, Kuala Pegang, Basri Ramli, 46, berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz telah melawat mangsa ribut berkenaan malam tadi.


Katanya sebuah rumah lagi turut mengalami kerosakan sebahagian bumbung rumah apabila diterbangkan ribut.

“Usaha membaik pulih kedua rumah berkenaan sedang dijalankan melalui pejabat ADUN Kupang Dan Pejabat Anggota Parlimen Baling,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori