Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

PTPTN Mungkin Perkenal Semula...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengemukakan cadangan kepada...

ICERD: Pemuda UMNO Gesa...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri...

Pasangan Doktor Disamun 2...

KOTA BAHARU - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas setelah disamun dua lelaki...

3 Pelajar Malaysia Juara...

HEBAT... Pencapaian membanggakan oleh tiga orang anak tempatan apabila berjaya menjuarai pertandingan Program...

5 Ahli Parlimen Leftenan Komander Maritim Kehormat

KUALA LUMPUR – Lima ahli Parlimen termasuk dua timbalan menteri hari ini dilantik sebagai Leftenan Komander Maritim Kehormat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Mereka adalah ahli Parlimen Tawau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, anggota Parlimen Silam yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Izli, anggota Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh dan anggota Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pelantikan mereka bagi mengetuai anggota sukarelawan APMM dan menjaga kawasan Parlimen masing-masing terutama yang berhampiran dengan pantai dan sempadan.

“Hari ini kita melantik lima ahli Parlimen sebagai Leftenan Komander Maritim Kehormat bagi kawasan Parlimen masing-masing dan akan melantik 10 lagi anggota Parlimen Khamis ini.

“Mereka berperanan sebagai ketua sukarelawan dan juga pemimpin nelayan di kawasan masing-masing dan akan membantu dalam tugas sukarelawan yang akan menjadi mata dan telinga kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Maritim kepada anggota-anggota Parlimen tersebut di Parlimen.

Shahidan berkata, perlantikan itu diharap dapat menarik lebih ramai sukarelawan menyertai APMM dalam membantu menjaga keselamatan negara dan mengurangkan kes-kes berkaitan jenayah rentas sempadan serta penyeludupan.


“Kita mensasarkan 5,000 sukarelawan seluruh negara menyertai APMM menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan mengulangi pendirian tegas bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang menjadi tali barut kepada penceroboh dan dan penjenayah rentas sempadan.

“Sekarang kita sedang berusaha membanteras kehadiran bot asing di perairan Laut China Selatan, Terengganu dan Kelantan yang masuk secara berleluasa menggunakan teknik bot ganding,” tambahnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori