• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,000 Kes Keganasan Domestik Dilaporkan Jan-Okt 2016

oleh Ahmad Albab
06/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,000 kes keganasan domestik dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga Oktober tahun ini.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Datuk Seri Prof Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata kes itu melibatkan keganasan rumah tangga, rogol dan penderaan kanak-kanak.

“Kes yang dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL sahaja mencatatkan peningkatan sebanyak 30 peratus iaitu kira-kira 120 kes dalam tempoh sebulan,” katanya selepas melepaskan kira-kira 500 peserta larian ‘Kehidupan Tanpa Keganasan’ (Orange Run) di Taman Botani Perdana hari ini.

Larian itu diadakan sempena persidangan persidangan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) selama dua hari bermula esok di sini.

Mengulas lanjut, Dr Abu Hassan berkata kesedaran masyarakat Malaysia terhadap isu keganasan domestik masih rendah dan perlu diberi penekanan khususnya kepada kaum lelaki dan keluarga.

Antara punca peningkatan kes berkenaan adalah kerana masalah ekonomi dalam institusi keluarga, tekanan psikologi dialami pasangan suami isteri serta pengurusan keluarga yang goyah.

“Jadi, saya amat berharap supaya masyarakat dapat menghayati kesejahteraan dalam keluarga…jika suasana di dalam rumah itu tidak tenteram, ia akan melahirkan masyarakat yang ganas dan tidak prihatin,” katanya.

Dalam usaha menangani dan membantu mangsa keganasan mengurangkan trauma, katanya 229 OSCC disediakan di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara.

Mengenai persidangan OSCC, Dr Abu Hassan berkata ia bakal menghimpunkan 300 pakar terdiri daripada pelbagai sektor seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), peguam, pakar sakit puan dan sebagainya bertujuan bagi membincangkan langkah dan pendekatan terbaharu dalam membendung masalah ini.

Dalam perkembangan lain, Ketua Jabatan Dermatologi HKL Dr Suganthi Thevarajah berkata pesakit Psoriasis, sejenis penyakit kulit kronik, perlu sedar bahawa mereka lebih berisiko tinggi menghidap penyakit darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

“Penyakit ini bukan hanya libatkan kulit, sendi dan kuku sahaja…sebaliknya mereka lebih terdedah kepada penyakit yang tidak berjangkit itu. Seperti yang kita tahu, punca utama kematian di Malaysia adalah akibat penyakit tidak berjangkit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sambutan Hari Psoriasis Sedunia 2016 yang turut diadakan di Taman Botani Perdana.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penghidap Psoriasis supaya mendapatkan rawatan di hospital kerana penyakit itu perlu dipantau dengan kerap agar dapat dikawal dengan sebaiknya.

“Pesakit Psoriasis dinasihatkan supaya tidak mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk antaranya seperti kerosakan hati dan buah pinggang,” katanya.

Dr Suganthi berkata sehingga kini, sebanyak dua peratus daripada rakyat Malaysia iaitu kira-kira 600,000 orang menghidapi Psoriasis namun, hanya 14,800 pesakit sahaja yang berdaftar di hospital kerajaan sejak 2007. – BERNAMA

Tags: keganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

19/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin. IKUTI...

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

22/12/2022
1

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd