Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Cadangan Haram Tukang Masak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti semula cadangan mengharamkan pengambilan tukang masak warga...

“Jangan Layan Pemain Macam...

ANTONIO Conte mengakui pengurus pasukan tidak boleh melayan anak-anak buah mereka seperti budak-budak...

Sah Berlaku Kejadian Buli...

SUNGAI BULOH – Seramai tiga pelajar lelaki tingkatan 4 telah diambil keterangan berhubung...

APMM Kudat Selamatkan Kru...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan 10 kru sebuah bot...

4 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Terbakar

TAWAU – Kira-kira 20 orang daripada empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila empat rumah papan hangus dalam kebakaran di kampung Jalan Damai, Apas, hari ini.

Kebakaran kira-kira 11.45 pagi itu turut memusnahkan sebuah kereta.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 11.50 pagi dan segera menggegaskan 12 anggota dan tiga jentera ke lokasi.

“Ketika bomba sampai, api sedang marak namun mereka dapat mengawal api daripada merebak ke kawasan lain dalam masa setengah jam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Faisal berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.


Tinjauan Bernama mendapati penduduk kampung sedaya upaya membantu memadamkan kebakaran daripada merebak ke rumah jiran sementara menunggu ketibaan bomba.

Bomba menganggarkan kerugian kebakaran RM170,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori