• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Hilang, 2 Selamat Tongkang Karam Dekat Pulau Bruit

oleh
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Empat awak-awak dipercayai hilang manakala dua lagi terselamat apabila sebuah tongkang membawa muatan batu kelikir karam di perairan Laut Cina Selatan, berhampiran Kampung Betanak, Pulau Bruit, Mukah kira-kira 8.30 pagi tadi.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Tengah, Abdul Mutalib Rashid berkata, sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Merah dengan kekuatan empat anggota menaiki kenderaan pacuan empat roda telah digerakkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan.

Beliau berkata, pemilik tongkang tersebut Chin Ah Soon melaporkan dua awak-awak selamat selepas berpaut pada bahagian belakang tongkang tersebut.

Menurutnya, turut membantu ialah Angkatan Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dengan menggunakan dua buah bot.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Borhan Sufyan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat terkini yang jelas berhubung kejadian tersebut dan identiti mangsa terlibat. – BERNAMA

Tags: HILANGTongkang Karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd