• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

31,476 Pekerja Diberhenti Sejak Awal Tahun Hingga Sept

oleh
01/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31,476 pekerja terlibat dalam pemberhentian kerja bagi tempoh 1 Jan sehingga September lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 17,051 atau 54.2 peratus pekerja terbabit dalam pemberhentian biasa, manakala baki 14,425 lagi atau 45.8 peratus terbabit dalam pemberhentian secara sukarela (VSS).

“Pekerja yang diberhentikan akan dibayar faedah penamatan oleh majikan sekurang-kurangnya mengikut Akta Kerja 1955 atau perjanjian bersama.

“Pemberhentiaan secara VSS adalah tindakan sendiri menawarkan diri dan bersetuju untuk ditamatkan perkhidmatan oleh majikan dengan syarat majikan membayar faedah penamatan atau pampasan yang lebih baik daripada peruntukan undang-undang,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu jumlah pekerja diberhenti atau ditamatkan perkhidmatan susulan cabaran ekonomi dunia.

Ismail berkata pada tahun lepas pula, 44,343 pekerja diberhentikan membabitkan 24,452 atau 55.1 peratus pekerja dalam pemberhentian biasa dan 19,891 atau 44.9 peratus pekerja dalam VSS.

Menjelas lanjut, beliau berkata pemberhentian kerja tidak boleh dielakkan dan berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya ketidakstabilan pasaran ekonomi nasional dan global.

“Selain itu, tiada atau merosotnya permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan, pengoptimuman teknologi komunikasi maklumat, penutupan perniagaan sepenuhnya atau sebahagian, pengecilan tenaga kerja, pengambilalihan syarikat, penstrukturan semula organisasi dan penggabungan syarikat turut menyumbang kepada keadaan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pekerja Diberhentipekerjaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Judi: 12 Ditahan, Rampasan Cecah RM200,000

Next Post

Bayi Perempuan Baru Lahir Dijumpai Dalam Longkang

Related Posts

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

18/10/2022
0

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) memberi jaminan untuk mencipta peluang pekerjaan sekiranya kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum...

11,000 Peroleh Pekerjaan Melalui MySTEP Setakat 15 Mac

31/03/2022
0

KUALA LUMPUR – Program jangka pendek (MySTEP) telah berjaya menempatkan hampir 11,000 pencari kerja dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan...

Next Post

Bayi Perempuan Baru Lahir Dijumpai Dalam Longkang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd