• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Bebas Tuduhan Bunuh Pemilik Kedai Perabot

oleh
11/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiga lelaki dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh seorang pemilik kedai perabot, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Tee Chih Wei, 29, Izwan Mohamad, 30, dan Mohd Kasful Anuar Ghazali, 29.

Tertuduh pertama Tee, bekas mekanik, Izwan dan Mohd Kasful masing-masing bekas pemandu dan kelindan lori dituduh dengan niat bersama membunuh Ong Chee Leong, 58, di Foong Soon Furniture Trading, Jalan Tupai, Taiping pada 10.45 pagi, 8 Julai 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya Hayatul Akmal berkata tertuduh pertama dikatakan mahu menggertak serta memberi amaran kepada Ong kerana sering memukul isteri serta anak tirinya yang merupakan teman wanita Tee.

Sehubungan itu, beliau berkata Tee meminta bantuan rakan untuk mencari orang bagi menggertak mangsa sebelum diperkenalkan dengan tertuduh kedua iaitu Izwan dan tertuduh ketiga, Mohd Kasful.

Bagaimanapun, katanya sebelum sempat bertemu dan memberi amaran kepada mangsa pada hari kejadian, Tee diberitahu mangsa telah meninggal dunia akibat dibunuh.

Katanya sepanjang perbicaraan keterangan daripada ketiga-tiga tertuduh adalah konsisten, malah saksi pihak pendakwaan juga setuju mereka hanya ingin menggertak mangsa dan bukannya membunuh.

Selain itu, Hayatul Akmal berkata tiada saksi yang melihat ketiga-tiga tertuduh di lokasi kejadian dan pihak pendakwaan tidak menyoal balas tujuan menggertak mangsa.

Sebanyak 26 saksi pihak pendakwaan dan tiga saksi pihak pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Jeffry Ong manakala Tee diwakili peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah dan peguam Mohd Ruzaimi Zulkifli, Izwan diwakili peguam V.Santhiran dan Mohd Kasful diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu. – BERNAMA

Tags: bunuhmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd