• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23,808 Anak Penyu Dilepaskan Ke Laut Sejak 2012

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran berjaya memungut 30,860 telur penyu jenis penyu hijau dan penyu sisik sejak ia dibuka pada 2012 hingga Jun lepas.

Daripada jumlah itu, 20,262 adalah telur penyu hijau dan 10,598 telur penyu sisik.

Dalam tempoh sama, sejumlah 23,808 anak penyu dilepaskan ke laut iaitu 16,034 anak penyu hijau dan 7,474 anak penyu sisik.

Pengerusi Persatuan Pencinta dan Pemuliharaan Hidupan Penyu Sabah (Foster) Alexander Yee menyifatkan jumlah telur penyu yang dipungut dan anak penyu yang
dilepaskan itu menunjukkan pembukaan pusat penetasan itu dapat membantu usaha pemuliharaan penyu di negeri tersebut.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Trekkers Lodge Sdn Bhd, syarikat swasta pertama yang mewujudkan pusat penetasan penyu di pulau itu, berkata pembukaan pusat penetasan tersebut adalah atas kesedaran semua pihak mempunyai tanggungjawab memulihara penyu daripada pupus akibat ancaman manusia.

Katanya inisiatif itu juga adalah sebahagian program tanggungjawab sosial korporat syarikat pelancongannya dan dilaksanakan menerusi Foster.

“Foster memberikan komitmen yang tinggi kepada pembukaan pusat penetasan itu termasuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah pada 2 Julai 2013 di Tuaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alexander berkata pada Selasa lepas, beliau bersama ahli jawatankuasa Foster telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang baru dilantik, Augustine Tuuga di pejabatnya di Kota Kinabalu.

Katanya kunjungan itu bagi memaklumkan kepada Augustine mengenai perkembangan program pemuliharaan penyu di Pulau Libaran dan program yang dilaksanakan oleh Foster pada tahun depan antaranya pembersihan pantai dan dialog bersama penduduk kampung. – BERNAMA

Tags: penyu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd