• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

227 Aduan Penipuan Pakej Umrah Sejak 2012

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerima 227 aduan mengenai penipuan pakej umrah di seluruh negara sejak 2012 sehingga bulan lalu.

Setiausaha Bahagian Pelesenan Pelancongan, Siti Nor Minu berkata kompaun sebanyak RM372,000 dikeluarkan melibatkan 74 kes daripada 227 aduan itu di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak 3,482 kes difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dengan jumlah tuntutan RM21,285,713.

“Polis turut menerima aduan melibatkan kerugian RM9,532,736 dalam tempoh hampir lima tahun sejak 2012,” katanya ketika berucap pada Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah, Ziarah dan Hak-Hak Kepenggunaan Labuan semalam.

Siti Nor turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pakej umrah atau daripada wakil ejen yang tidak dikenali berikutan bilangan kes yang membimbangkan.

Mengenai kempen itu, ia dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai khususnya dari jabatan, agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat melibatkan industri pelancongan dan isu semasa berkaitan umrah dan hak asasi pengguna.

Kempen itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Tabung Haji (Jawhar). – BERNAMA

Tags: umrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd