• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Catat 17 Kes Kematian Pekerja Sektor Pembinaan

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor mencatatkan penurunan kes kematian pekerja dalam sektor pembinaan bagi tempoh Januari hingga Oktober iaitu 17 kes tahun ini berbanding 23 kes kematian pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) negeri Ir Kormain Mohd Noor berkata biarpun menunjukkan penurunan, kes sebegitu tidak harus dipandang ringan kerana membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Berikutan itu, beliau memuji usaha Master Builders Association Malaysia (MBAM) mengadakan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan Bengkel Kerja-Kerja Mengangkat Bahan Berat di sebuah hotel, di sini hari ini.

Katanya penganjuran yang bertujuan mencegah sebelum berlakunya kemalangan di tempat kerja itu selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 2016 hingga 2020 (OSHMP 2020).

“Pelan ini merupakan titik permulaan bagi pemain industri untuk memahami prinsip pencegahan kecederaan dan kesan kesihatan pekerja semasa bekerja bagi semua sektor,” kata Kormain kepada pemberita selepas perasmian seminar itu.

Beliau juga berharap agar majikan atau kontraktor mewujudkan perancangan kerja yang khusus bagi memastikan ia selamat dilakukan.

“Saya juga berharap pengurusan kontrak dapat dilaksanakan dengan berkesan terutama dalam sektor pembinaan dan saya percaya ia juga mampu mengurangkan kes kemalangan khususnya di tapak pembinaan di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kormain memaklumkan seramai 51 konraktor dikenakan kompaun dari Januari hingga Oktober tahun ini dan lebih daripada 50 peratus kompaun itu berkaitan kesalahan tepian projek tidak dihadang.

“Dalam tempoh sama, 40 kontraktor dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan penalti lebih RM200,000 atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” katanya. – BERNAMA

Tags: DOSHIr Kormain Mohd Noor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DOSH Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Tanah Runtuh Paya Terubong

22/10/2018
0

GEORGE TOWN - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah menubuhkan jawatankuasa siasatan khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh...

Kontraktor Projek Jln Bukit Kukus Diminta Tambahbaik Prosedur Operasi

15/10/2018
0

GEORGE TOWN - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang meminta pihak kontraktor projek Jalan Bukit Kukus menambahbaik prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd