• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Ditahan Polis Menjelang Demo Haram Bersih 5

oleh
20/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah melancarkan gerakan besar-besaran dengan menahan pemimpin aktivis Baju Kuning dan Merah untuk pelbagai siasatan menjelang himpunan haram pada Sabtu.

Portal berita AgendaDaily melaporkan, setakat awal pagi Sabtu, seramai 15 orang termasuk Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah ditahan dalam serbuan di lokasi berasingan sepanjang petang hingga ke lewat Jumaat malam.

Tidak ketinggalan ialah Pengerusi Persatuan NGO Malaysia dan Gabungan Gerakan Merah Malaysia atau lebih disebut sebagai Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunus pula ditahan pada pukul 1.30 pagi Sabtu.

Difahamkan beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu sudah pun dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen Selangor di Shah Alam dekat sini untuk menjalani proses siasatan yang lebih lanjut.

Sebelum itu kalangan wartawan gagal mengesannya sejak petang Jumaat. Malah beberapa individu yang diketahui rapat dengan Jamal ketika dihubungi media berkata, mereka juga tidak tahu di mana beliau berada.

Jamal hanya mengeluarkan satu kenyataan menjelang tengah malam dari satu lokasi yang tidak diketahui dengan mengalu-alukan berita penahanan Maria dan pegawai sekretariat Bersih, Mandeep Singh.

Kedua-dua tokoh propembangkang itu berjaya ditahan semasa pihak polis datang membuat serbuan secara mengejut ke pejabat Bersih di Petaling Jaya pada sebelah petang Jumaat.

Media dimaklumkan bahawa serbuan tersebut dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada institusi demokrasi berparlimen.

Turut ditahan di beberapa tempat berasingan ialah Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan pemimpin DAP Selangor, Ronnie Liu serta ahli DAP, Lee Khai Meng dan Wong Chee Wai.

Juga aktivis mahasiswa yang diketahui sebagai antikerajaan iaitu Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md. Yusof dan Muhammad Safwan Anang.

Manakala Setiausaha DAP yang juga Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke ditahan dan dibawa ke Bukit Aman bawah Akta Hasutan kerana ucapan pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam minggu lalu.

Mereka yang ada kaitan dengan Baju Merah turut ditahan antaranya ialah Hairol Nizam Md. Nor, Ariffin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Ipin Keramat dan Razali Zakaria. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Maria Chin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Mahkamah Syariah: Maria Chin Dipenjara Tujuh Hari Serta-Merta

25/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menjatuhi hukuman penjara kepada Maria Chin Abdullah selama tujuh hari...

Biar Betul? PRU Calon PH, Lepas Tu Jadi Wakil Bebas!

06/03/2018
0

LAWAK POLITIK.... Alasan semua tentu boleh bagi pelbagai dalih. Namun macamlah tidak kenal atau tahu apakah itu Bersih, malah bukankah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd