• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,140kg Minyak Masak Dirampas, Stor Simpan Tiada Lesen

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas sebanyak 1,140 kilogram (kg) minyak masak dalam satu serbuan di sebuah stor penyimpanan barang di kawasan perindustrian Indera Mahkota 14 di sini hari ini.

Timbalan Pengarah KPDNKK Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata rampasan yang pertama di negeri itu sejak kenaikan harga pada 1 November lepas melibatkan 900kg minyak masak paket dan 240kg dalam bentuk botol dengan nilai keseluruhan RM3,243.

“Rampasan berkenaan dibuat setelah pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh anggota KPDNKK negeri di sekitar daerah ini mendapati pemilik premis berkenaan melakukan kesalahan kerana menyimpan minyak masak itu di tempat yang tidak dilesenkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi di premis berkenaan yang disertai oleh lima anggota KPDNKK negeri.

Katanya jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 22(1) akta sama iaitu denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi perseorangan manakala untuk syarikat, denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama.

Sementara itu, Alwi berkata berdasarkan tinjauan di sekitar negeri ini mendapati bekalan minyak masak di Pahang kembali pulih dan beliau menasihatkan peniaga dan pembekal supaya tidak menyorok bekalan minyak masak untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat atau masalah untuk mendapatkan bekalan minyak masak supaya melaporkan hal itu kepada mana-mana pejabat KPDNKK berhampiran bagi membolehkan tindakan lanjut diambil. – BERNAMA

Tags: KPDNKKMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

16 Tahun Lalu, Simpson Pernah Tampil Trump Jadi Presiden AS

Next Post

Video: Bandar Jepun ‘Diserang’ Lubang Gergasi

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

Next Post

Video: Bandar Jepun 'Diserang' Lubang Gergasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd