• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zeti Dilantik Sebagai Ahli Panel Penasihat AIIB

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai ahli panel penasihat antarabangsa Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Zeti, yang disenaraikan sebagai ketua bank pusat terbaik dunia pada 2009 oleh majalah Global Finance, bersara pada April selepas 16 tahun menerajui BNM.

Dalam kenyataan, AIIB mengumumkan Zeti akan menyertai 10 ahli utama yang lain termasuk bekas Perdana Menteri Pakistan Shaukat Aziz, bekas Menteri Kewangan Sweden Anders Borg, bekas Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama dan Setiausaha Agung Yayasan Global Steve Howard.

Selain itu, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Strategi dan Kewangan Korea Selatan, Dr Oh-Seok Hyun, bekas Menteri Kewangan Nigeria dan bekas Pengarah Urusan Bank Dunia Dr. Ngozi Okonjo-Iweala.

Bekas Menteri Kewangan Timor-Leste Emilia Pires, bekas Duta Amerika Syarikat, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Strategic Associates Paul Speltz, bekas Ketua Ekonomi di Bank Dunia Lord Nicholas Stern dan bekas Ketua Eksekutif Hong Kong SAR Tung Chee-Hwa.

AIIB berkata mesyuarat pertama panel penasihat itu diadakan di Beijing hari ini.

“Panel tersebut menyediakan nasihat yang adil, objektif dan bebas kepada Presiden, membolehkan bank tersebut meraih manfaat daripada pengalaman dan kepakaran ahli-ahli panel,” katanya.

Pada mesyuarat tersebut, ahli-ahli panel membincangkan mengenai keadaan ekonomi global dan implikasinya kepada operasi bank, keperluan untuk menggalakkan infrastruktur hijau dalam agenda global baharu dan kepentingan untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam infrastruktur di rantau ini.

Pada akhir mesyuarat, Presiden AIIB Jin Liqun berkata: “Ia satu penghormatan yang besar menghimpunkan kumpulan pemimpin peringkat antarabangsa yang berpengalaman untuk memberi nasihat mengenai pembangunan strategi bank itu.

“Saya tidak mempunyai keraguan bahawa nasihat, yang disediakan oleh panel, akan membantu membentuk pembangunan bank itu pada tahun-tahun akan datang.

“Di samping itu, kumpulan duta akan membantu mempromosikan bank baharu kita kepada dunia.”

AIIB, sebuah bank pembangunan antarabangsa pelbagai hala, ditubuhkan pada 25 Dis, 2015, dengan modal permulaan sebanyak US$100 bilion, satu juta saham dan modal berbayar permulaan sebanyak US$20 bilion. – BERNAMA

Tags: Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Islam Modal Kempen Politik Di Barat, Cetus Islamphobia

Next Post

Rahang Kanak-Kanak Hidap Kanser Reput Hampir 95%

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

Isu Zeti : Banyak Soalan Tidak Dijawab

02/12/2021
0

SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan seterusnya kerana timbul terlalu banyak persoalan. Siapa...

Next Post

Rahang Kanak-Kanak Hidap Kanser Reput Hampir 95%

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd