• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Jatuh Basikal Akibat Serangan Jantung

oleh Ahmad Albab
12/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Seorang warga emas maut setelah terjatuh daripada basikal yang ditungganginya dipercayai akibat mengalami serangan jantung di Taman Serai Perdana di sini hari ini.

Lee Ee Kuan, 76, dari Taman Sinar di sini ditemui terbaring oleh beberapa pekerja binaan di taman perumahan berkenaan kira-kira pukul 11.15 pagi tadi sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Seorang pekerja Abdul Salam, 30, berkata sewaktu beliau dan tiga lagi rakannya sedang bekerja, mereka ternampak wanita terbabit terjatuh daripada basikalnya secara tiba-tiba di hadapan mereka.

“Mangsa berada dalam keadaan lemah dan tercungap-cungap seperti sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sejurus tiba di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata mangsa sememangnya mengalami masalah sakit jantung dan sering menerima rawatan di Klinik Kesihatan berhampiran.

“Mangsa mungkin diserang penyakit itu ketika sedang mengayuh basikal untuk pulang ke rumahnya di Taman Sinar setelah menziarah rumah lama milik keluarga di Ladang Soon Lee di sini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. – BERNAMA

Tags: mautwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tokoh Syiah Iran Haram Wanita Tunggang Basikal

Next Post

27 Tapak Pembinaan Di Terengganu Positif Aedes

Related Posts

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Next Post

27 Tapak Pembinaan Di Terengganu Positif Aedes

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd