• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

27 Tapak Pembinaan Di Terengganu Positif Aedes

oleh Ahmad Albab
13/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah melakukan pemeriksaan denggi di 317 tapak pembinaan seluruh negeri setakat ini.

Pengarahnya Dr Mohammad Omar berkata dari jumlah itu sebanyak 8.5 peratus (27 premis) didapati positif pembiakan Aedes.

“Susulan itu, empat premis telah dikenakan kompaun, 22 premis dikenakan tindakan mahkamah dan enam premis ditutup di bawah Seksyen 8 (3)(aa) Akta Pemusnah Serangga pembawa Penyakit 1975.

“Manakala 108 notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 8 akta yang sama terhadap tapak pembinaan yang didapati banyak bekas pembiakan agar segera membersihkan persekitaran premis mereka,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah tapak pembinaan di sini hari ini.

Pemeriksaan tersebut antara aktiviti yang perlu dilakukan secara serentak di seluruh negara sempena ‘Operasi Mega Perangi Aedes’ yang dilaksanakan mulai 23 September lalu hingga 23 Oktober depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 36 tapak pembinaan dan 16 tanah lot kosong yang menjadi lokaliti wabak juga telah dikenal pasti di seluruh negeri Terengganu untuk dibuat pemeriksaan sepanjang tempoh operasi tersebut.

Beliau berkata sehingga 10 Okt lalu, Terengganu telah mencatat 1,835 kes denggi dengan 15 kematian.

“Daerah Kuala Terengganu merupakan penyumbang utama iaitu 1,132 kes (61.7 peratus), diikuti oleh Kuala Nerus 201 kes (11.0 peratus), Marang 162 kes (8.8 peratus), Dungun 112 kes (6.1 peratus), Kemaman 87 kes (4.7 peratus), Besut 81 kes (4.4 peratus), Hulu Terengganu 36 kes (2.0 peratus) dan Setiu 24 kes (1.3 peratus),” katanya

Setakat ini, sebanyak 187,081 premis juga telah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan dari jumlah itu, sebanyak 2,545 premis didapati positif pembiakan aedes dan kesemuanya dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 pindaan 2000.

Sebanyak 13,004 Notis dan amaran pembersihan di bawah Seksyen 8 telah dikeluarkan terhadap premis yang didapati banyak bekas pembiakan, katanya. – BERNAMA

Tags: Aedes
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Premis ‘Ternak’ Aedes, Kompaun Dikeluarkan Cecah RM500,000

Premis ‘Ternak’ Aedes, Kompaun Dikeluarkan Cecah RM500,000

18/07/2024
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mendedahkan 1,000 kompaun dengan nilai RM500,000 dikeluarkan kepada pemilik premis yang 'menternak' aedes di kawasan...

KKM Kesan 121 Premis Pembiakan Aedes

05/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 121 premis iaitu 19.8 peratus daripada 610 premis barang lusuh yang diperiksa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd