• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Stesen Minyak Di Johor Pula Meletup

oleh AK-47
25/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIKAN tiada henti dengan musibah, Johor sekali lagi menerima berita buruk apabila sebuah stesen minyak di negeri itu dilaporkan meletup secara tiba-tiba sebentar tadi.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 6 saat, kejadian dipercayai berlaku di Stesyen Petronas Taman Austin Height, Mount Austin, kira-kira jam 2.55 petang tadi.



Stesen Minyak Taman Mount Austin, Johor meletup oleh mynewshub

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Petronas, punca letupan itu berlaku sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti tangki gas asli untuk kenderaan (NGV) di stesyen minyak berkenaan.

Mangsa yang terkorban, Mohd Faizal Mazlan, 33, difahamkan berada berdekatan dengan tangki NGV tersebut, sebelum tercampak beberapa meter dari kawasan letupan.

“Pihak syarikat dengan rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kejadian ini telah mengakibatkan satu kemalangan jiwa yang melibatkan kontraktor kami.

“Kami ingin menyampaikan ucapan takzaih dan rasa sedih kami kepada keluarga mangsa dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti impak dan punca kejadian,” kata Petronas dalam kenyataan rasmi yang dipetik menerusi laman Facebook syarikat itu.

Susulan insiden berkenaan, laluan lebuh raya yang menghubungkan stesen minyak itu ditutup buat sementara.

2

Video: Stesen Minyak Di Johor Pula Meletup

5

14713785_10154055252583100_6696371045130210424_n

Video: Stesen Minyak Di Johor Pula Meletup

Sementara itu, Ketua Operasi dari Angkatan Pertahana Awam (APM) Daerah Johor Bahru, Leftenan Mohd Aziz Jupri mengatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, memang terdapat kebakaran di bahagian belakang stesen minyak dan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum diberi rawatan pertolongan cemas,” katanya.

Rakaman insiden letupan itu kini giat dikongsikan netizen di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: johor bahrukebakaranNGVstesen minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd