• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Dua Wanita Disamun, Diserang Dengan Parang

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA wanita menghadapi saat mencemaskan apabila diserang seorang lelaki bersenjatakan parang di hadapan sebuah pondok pengawal keselamatan di Ara Damansara, Petaling Jaya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang sebelum menyedari sebuah kereta jenis Honda Civic mengekori kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka.

Kejadian berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal keselamatan dan dimuat naik ke dalam laman sosial sekaligus menjadi viral.

Video berdurasi masing-masing 1 minit 15 saat dan 35 saat itu menunjukkan lelaki bersenjatakan parang sepanjang dua kaki menyerang dua wanita berkenaan.

Rakaman video bermula apabila kereta mangsa memasuki kawasan perumahan dalam keadaan menyedari kenderaan mereka diekori, namun pengawal keselamatan enggan membenarkan mereka masuk kerana bukan penghuni di kawasan itu.

Suspek yang berbaju hitam dan berseluar pendek berwarna kelabu kemudiannya bertindak menyerang mangsa di bahagian pemandu dan cuba merampas beg tangan sebelum menyerang rakan mangsa.

Sebuah lagi video kelihatan mangsa cuba melarikan diri dan suspek berjaya membawa lari beg mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan dengan meneliti rakaman berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksan kerana menyamun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: penyamunpolisserangWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd