Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 5,000 Syarikat Di...

KOTA KINABALU - Lebih 5,200 syarikat di Sabah telah mendaftar dengan Jabatan Kastam...

Jentayu Perlu Tunjuk Kemampuan...

KUALA LUMPUR -- Seorang Ahli Parlimen UMNO meminta sebuah syarikat yang hanya baru...

Papan Iklan ‘Gunting Peta...

KUCHING : Propaganda Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) menggunakan papan iklan memaparkan sebilah...

Wanita Durjana Bantu Kekasih...

Wanita durjana ini layak diberikan gelaran `ibu syaitan’. Kesalahan yang dilakukannya ialah membantu...

Universiti Perlu Tangani Penyakit Sosial Masyarakat

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mahu institusi pengajian tinggi bersifat peka, mengamati serta memahami dan mencari jalan penyelesaian bagi memperbetulkan sebarang kepincangan sosial yang melanda masyarakat pada masa ini.

Baginda bertitah untuk menangani kepincangan sosial, negara memerlukan warga yang memiliki nilai-nilai moral serta mengamalkan tanggungjawab sivik yang tinggi.

“Penyakit sosial dalam masyarakat perlu ditangani melalui kebijaksanaan, mengimbang sifat individualisme dan sifat persaingan dengan nilai-nilai yang mementingkan semangat kerjasama dan semangat tanggungjawab kemasyarakatan,” titah baginda pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) yang Ke-55 (Bahagian Pertama) di sini, hari ini.

Sultan Nazrin bertitah kemajuan sesebuah negara bergantung kepada tiga elemen penting iaitu penemuan baharu, sumber manusia terlatih serta kepakaran pengetahuan dan universiti berperanan sebagai sumber bagi membekalkan ketiga-tiga elemen tersebut.

“Universiti moden pada era pasca industri ialah institusi pusat dan instrumen utama menentukan tahap pencapaian kemajuan sesebuah masyarakat,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, ketika merangka dan melaksanakan program membangunkan sumber manusia, universiti tidak boleh melupakan falsafah asas pendidikan yang kudus dan suci kerana konsep melahirkan insan berilmu adalah lebih luas dan mendalam berbanding konsep membekalkan manusia dengan pengetahuan yang terbatas kepada sasaran memperkayakan maklumat.

Titah baginda, seseorang insan itu hanya akan sempurna taraf keilmuannya apabila diperlengkapkan dengan akhlak dan peradaban hubungan sesama manusia dan makhluk lain termasuk haiwan dan tumbuhan.

Semakin banyak ketempangan akhlak dan kelompangan spiritual berlaku serta amat membimbangkan dalam kalangan mereka yang terpelajar dan berpengetahuan, terdiri daripada graduan yang memiliki ijazah tinggi dan menyandang jawatan penting, titahnya.


“Rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, pilih kasih, penipuan, dilaporkan semakin berlaku, disebabkan akhlak semakin berada pada tahap rendah atau tidak dijiwai lagi. Perlumbaan keduniaan telah mengalpakan manusia hingga manusia menjadi terlalu materialistik.

“Berpegang teguhlah pada nilai agama yang suci dan nilai budaya bangsa yang murni. Hidup bersendikan adat, adat bersandarkan Kitabullah,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah para graduan yang telah bertambah ilmu pengetahuan wajib diperlengkapkan dengan akhlak yang mulia agar tidak menjadi hamba nafsu sehingga menggadaikan maruah diri dan jatuh ke lembah kehinaan.

Sultan Nazrin bertitah, UM yang kini berusia 111 tahun penubuhannya telah berjaya memenuhi peranan penubuhannya untuk mengendalikan pendidikan peringkat tinggi kepada warga daripada pelbagai agama, kaum dan latar belakang serta melakar pelbagai kejayaan.

Titahnya, hubungan universiti dan masyarakat sentiasa diperkukuh dan kepakaran yang ada di universiti telah digerakkan untuk membantu masyarakat dan kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori