• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umum Akan Dimaklum Keputusan Guna Tenaga Nuklear

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terlebih dahulu melibat dan mendidik pihak umum mengenai pembangunan tenaga nuklear sebelum membuat keputusan mengenainya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri.

“Sementara nuklear mungkin boleh dianggap sebagai tenaga pilihan atau keperluan dalam jangka masa panjang, terdapat keprihatinan orang awam yang perlu ditangani menerusi maklumat dan komunikasi,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan kajian umum yang dilakukan bagi Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC) paad 2014, kira-kira dua per tiga responden yang mahu mempertimbangkan pro dan kontra sebelum keputusan tenaga nuklear dibuat.

Pada masa sama, Nancy berkata dua per tiga responden turut menjangka tenaga nuklear bakal menyumbang kepada bekalan elektrik Malaysia dalam tempoh 10 hingga 20 tahun daripada sekarang, walaupun mereka menempatkan tenaga nuklear sebagai pilihan terakhir.

Walaupun pendapat umum dilakukan hampir dua tahun lalu, keputusannya mungkin menunjukkan paradoks umum penglibatan awam mengenai tenaga nuklear di Malaysia dan selebihnya di dunia, katanya.

Merasmikan Reviu Infrastrutur Nuklear Bersepadu (INIR) Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di sini hari ini, Nancy berkata kajian semula mengenai kesiapsiagaan Malaysia merupakan asas kepada pertimbangan objektif lebih mendalam mengenai tenaga nuklear berdasarkan fakta sah dan penilaian bebas.

Reviu INIR apabila siap akan dibentangkan kepada Kabinet bagi menentukan hala tujunya, katanya.

Pasukan INIR yang meliputi 12 pakar antarabangsa akan mengkaji semula isu yang dikenal pasti dalam penerbitan IAEA, ‘Milestones in the Introduction of a Nuclear Power Programme’ mulai hari ini hingga 17 Oktober.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MNPC, Dr. Mohd Zamzam Jaafar berkata kerajaan belum membuat keputusan mengenai kegunaan di masa depan tenaga nuklear bagi generasi elektrik.

“Tetapi MNPC komited untuk menyelaras keputusan yang bertanggungjawab dan bermaklumat lengkap mengenai tenaga nuklear oleh kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nancy ShukriNuklear
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

18/06/2025
0

VIENNA - Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan tiada bukti Iran sedang membangunkan program senjata nuklear. Kenyataan...

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd