• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sempadan Semula: UMNO Selesai Kemuka Bantahan

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – UMNO telah selesai mengemukakan bantahan berhubung kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya tempoh bantahan yang berakhir semalam selesai dilakukan melalui pihak UMNO Negeri dan bantahan 100 pengundi berdaftar dalam setiap satu kawasan tertentu.

“Bantahan boleh dibuat melalui tiga cara iaitu melalui negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga 100 pengundi di sesuatu kawasan maka UMNO telah menyuarakan bantahan tersebut melalui saluran undang-undang yang disediakan, katanya kepada media selepas merasmikan program Putrajaya Community Ride di sini hari ini.

“Semua UMNO Negeri telah mengemukakan bantahan manakala di negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor, kita mengumpulkan bantahan melalui 100 pengundi berdaftar di sesuatu kawasan,” katanya.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 Sept.

Sebelum ini, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

SPR mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 Sept hingga 14 Okt (semalam). – BERNAMA

Tags: Tengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd