• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UDA Rancang Bina 1,500 Rumah PR1MA Di Kuala Pahang

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – UDA Holdings Berhad (UDA) merancang untuk membina 1,500 unit rumah mampu milik menerusi pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kuala Pahang, dekat sini.

Pengerusinya Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah berkata untuk itu UDA telah mengadakan perbincangan dengan pihak PR1MA bagi rancangan pembinaan rumah berkenaan di tanah berkeluasan 58.6 hektar.

“Setakat ini, pihak PR1MA bersetuju untuk membina rumah tersebut di Kuala Pahang. Ia juga turut melibatkan pembangunan bercampur dan ini merupakan sumbangan UDA bagi membantu penduduk Pekan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah ‘UDA Pekan Bridge Run 2016’ di sini hari ini.

Upacara penyampaian hadiah berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Shafei berkata usaha UDA untuk membangunkan hartanah di kawasan Kuala Pahang itu dapat memberi banyak manfaat dari segi peningkatan ekonomi penduduk setempat di Pekan di samping mewujudkan peluang pekerjaan.

Mengulas mengenai acara larian itu, beliau berkata ia julung kali dianjurkan UDA dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta seluruh negara dengan disertai 1,500 peserta.

Katanya acara larian sedemikian menyediakan platform dan ruang kepada orang ramai terutamanya penduduk sekitar Pekan melibatkan diri dengan aktiviti riadah sekali gus boleh mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain apabila berinteraksi sesama mereka.

“Penganjuran acara larian seperti ini juga adalah peranan UDA untuk sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam melahirkan masyarakat sihat sekali gus mampu memacu peningkatan produktiviti negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd