• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Akui Agong Tolak Deklarasi Rakyat Guling PM

oleh
07/10/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah tidak bersetuju dengan cadangan Deklarasi Rakyat ciptaan beliau.

Deklarasi aneh tersebut dipersembahkan terus kepada Seri Paduka Baginda dalam pertemuan dengan bekas perdana menteri itu ketika menghadap di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah pada 16 September lalu.

Dalam pertemuan selama 70 minit tersebut bagaimanapun menurut Mahathir, Tuanku Abdul Halim bertitah sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh beliau itu adalah tidak melanggari Perlembangan Persekutuan.

“Saya tidak boleh menjelaskan secara satu persatu apa yang disebut oleh Tuanku, tetapi apa yang kita mahu tidak boleh dilaksanakan. Dukacitanya hasil pertemuan dengan Tuanku tidak membawa apa-apa keputusan positif.

“Semasa pertemuan itu, Yang di-Pertuan Agong juga menyoal saya dengan serius tentang peruntukan undang-undang dan saya beri penjelasan. Namun, di penghujungnya, saya tidak dapat meyakinkan beliau,” kata Mahathir.

Beliau kemudian mendakwa: “Saya tidak bawalah 1.2 juta tandatangan itu, hanya bawa sampel (deklarasi) dan gambar semua deklarasi yang diterima. Kita tak boleh hendak tunjukkan semua termasuk yang di dalam talian.”

Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan demikian kepada pemberita dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Khamis.

mahathir-agong-istana-negara

Lantaran itu, beliau berkata pihak penganjur deklarasi pelik tersebut akan menggunakan Majlis Raja-Raja pula bagi meneruskan usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita telah menghantar surat kepada semua Raja-Raja di seluruh negara, kerana difahamkan mereka akan mengadakan mesyuarat pada 11 Oktober ini dan berharap mereka mahu melayan surat kita.

“Kita akan tunggu apa reaksi mereka sehingga mereka membuat keputusan, kemudian baru kita fikir apa yang perlu kita buat untuk teruskan usaha untuk singkirkan kerajaan Najib,” katanya penuh yakin.

Untuk rekod, Mahathir semasa 22 tahun pentadbiran pernah bertanggungjawab menghapuskan kuasa kekebalan Raja-Raja Melayu untuk baginda didakwa atas kesalahan jenayah di sebuah mahkamah khas.

Beliau juga tergamak memansuhkan terma perkenan Yang di-Pertuan Agong sekali gus membolehkan sesuatu rang undang-undang yang diluluskan majoriti ahli Parlimen dapat diwartakan selepas tempoh tertentu.

Pertemuan Mahathir dan Tuanku Abdul Halim turut ditemani bekas Naib Pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan disahkan pegawai khas Mahathir sendiri, Sufi Yusof.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 21 September berkata, Seri Paduka Baginda sudah menjelaskan kepada Mahathir bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri urusan PPBM.

Najib berkata Tuanku Abdul Halim menegur Mahathir kerana deklarasi itu tidak ikut perlembagaan malah sebarang tindakan mestilah menerusi Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd