• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpu Pembangunan Bakat Tempatan Dari Taja F1 – Khairy

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pembangunan bakat dalam kalangan pemandu tempatan lebih penting berbanding mengeluarkan kos yang besar menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) yang tidak lagi menguntungkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata bakat sedia ada seperti pemandu profesional negara Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri dan Akash Nandy yang bersaing dalam perlumbaan GP2 dan GP3 memerlukan lebih perhatian dari segi penajaan untuk mengembangkan karier ke peringkat lebih tinggi.

“Mereka ada potensi tetapi tiada yang sanggup buat penajaan sedangkan pada masa sama kerajaan mengeluarkan peruntukan yang besar menaja perlumbaan yang tidak lagi membawa pulangan, baik dari segi sukan atau ekonomi,” katanya mengulas antara faktor pertimbangan beliau menyarankan pengajuran F1 dihentikan.

Khairy berkata justifikasi untuk menghentikan sementara perlumbaan tahunan selepas kontrak penganjuran F1 berakhir 2018 itu mungkin berbeza sekiranya Malaysia mempunyai pemandu sendiri dalam arena permotoran tersebut.

“Kita pernah memiliki pemandu F1 sendiri tetapi ia bukan pemandu podium dan apabila tidak memiliki pemandu, maka tidak banyak peluang untuk mekanik dan pegawai-pegawai kita menyertai pasukan Formula Satu,” katanya selepas menyempurnakan pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas kepada 185 penerima di sini hari ini.

Menurut Khairy, kos penganjuran F1 yang terlalu tinggi boleh dikatakan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan Petronas selaku penaja utama GP F1 sebenarnya menanggung ‘hanya secebis’ daripada keseluruhan kos.

Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia kini tidak lagi mempunyai kelebihan dari segi publisiti, kedatangan pelancong dan pulangan ekonomi hasil penganjuran acara tersebut selepas ia mula dianjurkan oleh Singapura, China dan di Timur Tengah.

“Apabila Formula One di bawa ke Malaysia, kita menjadi tuan rumah kedua di Asia selain Jepun dan atas faktor itu ia menarik minat yang sangat-sangat tinggi di kalangan penggemar sukan permotoran kerana tidak ada saingan lain, kecuali Jepun,” katanya.

Mula dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sejak 1999, perlumbaan itu ditaja Petronas dengan Kementerian Kewangan merupakan pemegang saham utama. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Siasat Dakwaan Pegawainya Pukul Isteri

Next Post

Pakistan Mara Ke Separuh Akhir, Tewaskan China 4-0

Related Posts

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

25/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian...

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

12/01/2023
0

PAU 2022 | Hanya kira-kira tiga jam selepas menganggap langkah mengehadkan pertandingan dalam Umno sebagai suatu "kegilaan" yang mesti dihalang,...

Next Post

Pakistan Mara Ke Separuh Akhir, Tewaskan China 4-0

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd