• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Pelekat Pemantul Cahaya Sebelum Januari Ini

oleh Ahmad Albab
13/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pemilik kenderaan perdagangan masih mempunyai masa sehingga akhir tahun ini untuk menukar pelekat pemantul cahaya pada bahagian belakang dan sisi kenderaan.

Pelekat itu perlu ditukar kepada pelekat yang tulen dan penguatkuasaan akan bermula 1 Januari depan.

Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir. Mohamad Dalib berkata pengguna kenderaan perdagangan termasuk lori dan bas telah diberi tempoh enam bulan bermula 1 Julai lalu.

“Menteri Pengangkutan dah umumkan pada Julai lalu supaya semua kenderaan perdagangan wajib memasang pelekat pemantul cahaya yang mematuhi piawaian Malaysia Standard MS828:2011 yang mendapat pengiktirafan SIRIM…jadi mereka (pengguna) mempunyai tempoh lebih dua bulan lagi sebab penguatkuasaan akan bermula 1 Januari depan.

“Pelekat pemantul cahaya tulen mempunyai nombor siri yang dikeluarkan SIRIM dijual sekitar harga RM60 hingga RM80 manakala kebanyakan pelekat yang palsu mempunyai logo JPJ dan tidak mempunyai nombor siri SIRIM serta dijual dengan harga yang terlalu murah sekitar RM10,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Taklimat dan Demonstrasi MS828:2011 di JPJ Terengganu malam tadi. Turut hadir Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie.

Mohamad berkata langkah penguatkuasaan penggunaan pelekat pemantul cahaya itu juga bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat.

“Kadar kemalangan jalan raya di negara kita meragut lebih 7,000 nyawa setahun dan ini adalah salah satu langkah untuk kurangkan kadar kemalangan…dengan menggunakan pelekat pemantul ini kenderaan berat boleh dilihat dalam jarak 400 meter, jadi pengguna jalan raya akan lebih berwaspada.

“Tahun lalu, ada satu kemalangan jalan raya pada waktu malam yang meragut nyawa sekeluarga di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) apabila kenderaan itu melanggar bahagian belakang lori…,” katanya.

Mohamad berkata penggunaan pelekat kenderaan yang tulen bukan sahaja dapat dilihat dalam jarak 400 meter pada waktu malam tetapi juga dapat dilihat pada waktu hujan lebat dan cuaca berkabus.

“Sekiranya selepas 1 Januari depan pengguna atau pemilik kenderaan masih gagal memasang pelekat yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan kompaun saman sebanyak RM300 atau sekiranya kes dibawa ke mahkamah, pengguna boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJKenderaanPelekat Pemantul Cahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd