• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Fernandes Berminat Bantu Bola Sepak Malaysia

oleh Ahmad Albab
12/10/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes membayangkan beliau berminat untuk membantu perkembangan bola sepak Malaysia.

“Tanpa diragui, saya akan terlibat dalam bola sepak dalam bentuk tertentu. Saya melihat bola sepak Malaysia sejak berumur lima tahun di kejohanan Piala Merdeka.

“Dan jika saya boleh tolong, sudah tentu saya akan tolong. Ia terpulang kepada persatuan itu (FAM) bagaimana mereka mahu saya bantu,” katanya kepada pemberita pada majlis penghargaan AirAsia kepada pemenang pingat temasya Paralimpik Rio bulan lepas.

Tony berkata beliau sangat meminati bola sepak dan akan menggunakan segala pengalamannya sewaktu menaja pasukan Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers untuk kemajuan bola sepak negara.

“Saya cintakan bola sepak, masanya masih panjang dan mari lihat jika orang mahukan saya dan mari lihat jika saya boleh menyumbang. Ia tidak semestinya perlu jadi Presiden FAM.

“Terdapat banyak lagi peranan lain, tetapi sekiranya saya diminta membantu bola sepak Malaysia, saya akan bantu,” tambah Tony.

Pada majlis itu, AirAsia menghadiahkan penerbangan percuma kepada pemenang pingat Paralimpik dari negara ASEAN.

“Sekali lagi atlet ASEAN telah membanggakan rantau ini dengan menunjukkan bahawa kita boleh menjadi pencabar yang hebat di peringkat dunia,” kata Tony.

Tiga pemenang pingat emas negara yang menerimanya ialah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dan Abdul Latif Romly acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) yang menerima penerbangan percuma seumur hidup.

Pemenang pingat gangsa tunggal negara, Siti Noor Radiah dalam acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) pula menerima penerbangan percuma selama tiga tahun.

Keseluruhannya 12 pemenang emas, tujuh pemenang perak dan 12 pemenang gangsa dari ASEAN menerima hadiah penerbangan percuma tersebut.

Ia turut melibatkan atlet paralimpik Thailand, Singapura dan Vietnam.

Penerima juga diberikan kad AirAsia BIG edisi khas yang berwarna emas, perak dan gangsa yang membolehkan mereka terbang ke lebih 120 destinasi yang diliputi rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X termasuk Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar. – BERNAMA

Tags: TONY FERNANDES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Tony Fernandes Baca Buku Akhlak Nabi Muhammad SAW

24/04/2020
0

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mencetuskan kekaguman di Instagram apabila beliau berkongsi gambarnya ketika sedang membaca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd