• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tonto Rempuh Pegawai Kastam Lari Ke Negara Jiran

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis berjaya mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian merempuh kenderaan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) hingga menyebabkan kematian, Jumaat lalu.

Harian Metro melaporkan, suspek yang berusia 30 tahun itu dipercayai sudah melarikan diri bersama tiga rakannya ke negara jiran.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat bagi mengenal pasti semua suspek yang terlibat.

“Kita masih mengenal pasti semua tonto yang terlibat dan usaha mengumpul maklumat diteruskan dari masa ke semasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan dan menjelaskan ancaman daripada tonto dilihat semakin serius dan perlu diatasi dengan segera.

“Kita percaya mereka yang terbabit dalam kejadian ini sudah bolos ke negara jiran tetapi saki baki anggota kumpulan penyeludup ini akan dikesan,” katanya.

Noor Rashid berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran bagi membantu siasatan dan mengenal pasti individu yang terlibat.

Dalam kejadian 1.20 pagi itu, Anisah Ali, 54, yang merupakan pegawai kanan Kastam cawangan Rantau Panjang cedera parah selepas pancuan empat roda yang dinaiki bersama dua rakan dirempuh kenderaan tonto di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, Kelantan.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 11.50 malam, Jumaat lalu selepas mengalami kecederaan dalaman dan komplikasi usus ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 11, Kota Bharu.

Difahamkan, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tonto membawa barang seludup dipercayai rokok.

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan forensik polis sedang meneliti kenderaan jenis pacuan empat roda untuk siasatan.

Kes disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KastamKelantanmeninggal duniaTonto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd