• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu, PDRM Turun Ke Liga Perdana Musim Depan

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir saingan Liga Super musim ini menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Terengganu turun ke Liga Perdana musim depan selepas menduduki tangga tercorot liga, malam tadi.

Terengganu menduduki tangga terakhir liga dengan 19 mata setelah tewas kepada Pulau Pinang 0-1 hasil jaringan Faizat Ghazli pada minit ke-88 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Pulau Pinang berada di tangga ke-10 dengan 22 mata.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak mengalahkan PDRM 2-1, sekali gus meletakkan pasukan tuan rumah di tangga kelapan liga dengan 24 mata.

Dua gol Sarawak dijaringkan Gilmar Jose Da Silva Filho pada minit ke-45 dan Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-86, manakala gol tunggal PDRM menerusi Guilherme De Paula Lucrecio pada minit ke-27.

PDRM di tangga kedua tercorot liga dengan 21 mata, manakala Pahang terselamat apabila berada di kedudukan kesembilan setelah mengumpul 24 mata.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Pahang dan T-Team seri 1-1 hasil jaringan Faysal Shayesteh pada minit ke-10, manakala gol tuan rumah pada minit ke-82 oleh Patrick Dos Santoz Cruz.

Sementara itu, juara liga musim ini Johor Darul Ta’zim (JDT) menambah tiga mata untuk terus mengungguli carta dengan 58 mata selepas menang ke atas pasukan tuan rumah, Selangor 2-1 di Stadium Shah Alam.

Gol JDT dijaringkan Pereyra Diaz pada minit ke-63 dan Mohd Amri Yahya pada minit ke-77, manakala gol tunggal Selangor menerusi Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-70.

JDT juga mencatat rekod apabila beraksi tanpa kalah sepanjang 22 perlawanan Liga Super musim ini.

Selangor pula menduduki tangga kelima dengan pungutan 28 mata.

Kelantan kekal di kedudukan keempat liga dengan 29 mata, menamatkan aksi dengan seri 2-2 menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

The Red Warrior membuka jaringan pada minit ke-38 menerusi Blazhe Ilijoski dan gol kedua pada minit terakhir perlawanan.

Dua gol The Bos Gaurus dijaringkan Shahrul Mohd Saad pada minit ke-53 dan Mohd Fazrul Hazli pada minit ke-66.

Perak berada di tangga keenam liga dengan 27 mata. – BERNAMA

Tags: Liga Perdana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liga Super 2023 Disertai 18 Pasukan, Liga Perdana Dimansuh

Liga Super 2023 Disertai 18 Pasukan, Liga Perdana Dimansuh

20/07/2022
0

PETALING JAYA: Saingan Liga Super musim depan sah akan disertai 18 pasukan dengan Liga Perdana akan dimansuhkan bagi tempoh tertentu....

Kuala Lumpur Juara Liga Perdana 2017

28/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Pasukan Kuala Lumpur menjulang kejuaraan Liga Perdana 2017 walaupun tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd