• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Seleweng Di Sabah: Tempoh Reman Dilanjut Lagi

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tempoh tahanan reman bagi empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Selangor dilanjutkan di antara lima dan tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

Tempoh tahanan reman pengarah itu dilanjutkan lima hari manakala tiga yang lain ditahan reman selama tujuh hari lagi.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan melanjut tempoh tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Sebelum ini, keempat-empat individu terbabit ditahan reman tujuh hari bermula 5 Okt lepas dan berakhir hari ini.

Kesemua suspek itu, yang dibawa SPRM secara berasingan menggunakan empat kereta, tiba di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu kira-kira 10 pagi tadi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Pada 4 Okt lepas, SPRM menahan dua pegawai kanan kerajaan itu di pejabat mereka pada 9.15 pagi kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek dikendalikan jabatan itu kepada keluarga mereka.

Sehingga kini, SPRM merampas lebih RM114.5 juta dalam bentuk wang tunai dan daripada akuan suspek serta keluarga mereka, yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki berkata rampasan wang tunai itu adalah yang terbesar dalam sejarah SPRM membabitkan penjawat awam.

Semalam, sumber rapat dengan SPRM berkata sebanyak 127 geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah itu dianggarkan bernilai RM30 juta. – BERNAMA

Tags: rasuah sabahreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd