• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarif Utiliti Kediaman SOHO Sedang Dikaji – Noh Omar

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji keperluan menyeragamkan tarif elektrik dan air bagi unit kediaman di kesemua projek kediaman berkonsepkan SOHO iaitu ‘Small office Home Office’ atau ‘pejabat kecil, pejabat rumah’ di seluruh negara.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata ketika ini, unit kediaman di premis sedemikian dikenakan tarif sama dengan unit komersial yang ia adalah lebih tinggi daripada unit kediaman biasa.

“Sekarang ini banyak pemaju bina rumah yang campur kediaman dengan komersial, akhirnya yang duduk kediaman kena bayar kadar tarif komersial.

“Jadi orang yang duduk di apartmen ni merasa kenapa dia perlu bayar kadar’ komersial, sedangkan dia duduk di rumah… yang ini banyak yang mengadu kepada kita,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kediaman Unit Ceylonz Suites, di sini hari ini.

Kediaman setinggi 39 tingkat di Jalan Raja Chulan itu dibangunkan secara kerjasama antara Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad dan Exsim Group Company.

Mengulas lanjut, Noh berkata kajian mengenai perkara berkenaan sedang dibuat oleh pihak kementerian dan Jabatan Perumahan Negara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kira-kira 4,000 unit kediaman sewa di bawah projek sulung studio apartmen kerajaan, akan dibina di tanah seluas kira-kira 5.2 hektar milik kementerian di Mukim Batu, Gombak mulai tahun hadapan, sebelum memperluaskan inisiatif berkenaan ke lokasi lain.

Noh turut mempelawa pemaju hartanah swasta untuk berkerjasama dengan pihak kerajaan dalam membangunkan projek perumahan berkenaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam Bajet 2017, baru-baru ini.

“Mereka boleh bina, kutipan sewa mereka boleh kutip dan kerajaan boleh memberikan jaminan bank atau jaminan untuk membayar kekurangan kutipan (sewa), ini sebagai salah satu kaedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: kediamanNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd