• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangga Eskalator Pandan Kapital ‘Meletup’

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Pengunjung pusat beli belah Pandan Kapital di Pandan Indah berdepan detik cemas apabila mendengar bunyi kuat seperti meletup, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, tangga eskalator yang terletak di tingkat satu tiba-tiba ‘meletup’ hingga menyebabkan anak tangga eskalator tercabut.

Difahamkan, keadaan anak tangga eskalator itu tertanggal dari kedudukan asalnya dan tidak berfungsi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dilaporkan.

Tangga Eskalator Pandan Kapital 'Meletup'

Gambar kejadian berkenaan viral di laman sosial dan ada netizen mendakwa melihat seorang lelaki berusia 40-an sempat menyelamatkan diri sejurus selepas eskalator itu ‘meletop’.

Ada netizen yang mendakwa, pusat membeli belah tersebut perlu diselenggara kerana sudah lama beroperasi dan sudah uzur.

“Menyeramkan kalau naik, berserah jer, dia punya bunyi longgar,” tulis Reen Dzulkifly dalam Facebook.

Seorang netizen yang juga saksi kejadian menjelaskan, ketika kejadian tiada pengunjung yang menaiki eskalator itu dan ianya terjadi di depan matanya.

“Depan mata je tadi.  Nasib tak terlintas nak naik atas tadi dan nasib baik tiada customer yang naik escalator masa benda ni jadi,” tulis Cik Noor.

Tangga eskalator berkenaan sudah diperbaiki oleh pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: eskalatorkemalanganmeletup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suasana pagi di Taman Sungai Besi Indah bertukar cemas apabila seorang peniaga tepi jalan dirempuh sebuah kenderaan...

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

13/04/2026
0

KOTA BHARU – Tersalah tekan pedal minyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dirempuh sebuah kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd