• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subjek Sains Pertanian UPM Ke-42 Terbaik Dunia

oleh AK-47
27/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar kejayaan cemerlang apabila subjek Sains Pertanian universiti itu disenaraikan pada ranking ke-42 terbaik dunia dalam Best Global Universities Ranking 2016/2017 yang dikeluarkan oleh U.S.News & World Report semalam.

Kedudukan penarafan subjek Sains Pertanian itu meningkat tiga anak tangga berbanding kedudukan ke-45 pada tahun 2015/2016, selain UPM memperkukuhkan kedudukan ketujuh terbaik Asia dan mempertahankan kedudukan universiti terbaik subjek Sains Pertanian yang terbaik Asia Tenggara.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata, ranking UPM ke-42 terbaik di dunia itu adalah hasil peningkatan skor sebanyak 0.6 kepada 71.7 berbanding 71.1 skor pada tahun lalu.

Katanya prestasi cemerlang Sains Pertanian UPM ini disokong oleh kenaikan tiga indikator utama iaitu Global Research Reputation, naik kepada kedudukan 62 (75 tahun lalu), Total Citations 29 (37) dan International Collaboration 68 (83).

“Apa yang membanggakan, subjek Sains Pertanian UPM meraih kedudukan ke-19 terbaik dunia untuk indikator Regional Research Reputation, ke-19 Publications dan ke-29 Total Citations.

“Komitmen UPM dalam memperkasakan bidang pertanian yang telah diiktiraf oleh penarafan global membuktikan kritikan segelintir pihak bahawa UPM mengabaikan kebitaraan pengajian Pertanian adalah tidak benar.

“Kejayaan UPM dalam bidang Sains Pertanian adalah impak daripada kualiti akademik, penyelidikan dan sumbangan yang cemerlang daripada ahli akademik, staf dan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Laporan Best Global Universities Ranking itu membuat penilaian keseluruhan universiti-universiti utama dunia dan membuat penarafan ranking berdasarkan 22 subjek. U.S.News & World Report menyenaraikan 200 buah universiti terbaik di dunia untuk penilaian 2016/2017 berbanding 750 universiti pada 2015/2016. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Sains PertanianUPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama Dalam Bidang Perubatan Dan Rehabilitasi

26/02/2022
0

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa komited menambah baik perkhidmatannya...

Mengapa UPM Anugerah Hampir 400 PHD Tahun Ini?

18/01/2022
0

Berikut kenyataan oleh Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin: Hairan kenapa UPM anugerah hampir 400 PhD tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd