• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suara Anti-Melayu Dan Islam Bergema Sejak PRU 1969

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIKAP anti-Melayu terutama menentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, serta Keistimewaan Melayu sebagai Bumiputera yang tertera dalam Perkara 153 dibangkitkan secara terbuka sejak kempen PRU 1969.

Selain itu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ditentang dan dicabar oleh parti totok Cina ditempikkan serentak sejak kempen PRU 1969 yang mencetuskan titik bermulanya krisis perkauman di negara ini.

Ketika kempen Pilihan Raya 1969, parti pembangkang Cina diketuai DAP sudah menampakkan kesungguhan untuk mencabar Perlembgaan Persekutuan.

Parti totok Cina yakin isu anti Melayu dan Islam mendapat sokongan kaum Cina berdasarkan kejayaan menafikan majoriti dua pertiga kepada Kerajaan Perikatan pimpinan UMNO pada PRU ke-4 itu.

Cuma ia senyap sebentar kerana isu itu mencetuskan insiden 13 Mei 1969. Kemenangan ‘menyapu’ bersih tujuh kerusi parlimen Kuala Lumpur menjadi titik tolak terburuk sentimen anti Melayu dan Islam.

Perarakan pada 11 dan 12 Mei 1969, dengan simbol anti Melayu dengan tindakan menggawangkan penyapu serta perbuatan meludah orang Melayu ketika berarak, punca tragedi 13 Mei.

Kini, sejak PRU ke-12 setelah sekali lagi kegagalan BN memperolehi majoriti dua pertiga, sikap anti-Melayu dan Islam dibangkitkan semula.

Ia menjadi landasan parti Cina mencabar apa sahaja kedudukan yang berkaitan dengan Melayu dan Islam dalam perlembagaan.

Timbulnya gerakan hak asasi yang bersembunyi di sebalik identiti liberal Bersih pada 2009, menjadi landasan baharu dalam usaha meneroka gerakan kontemporari bagi menghapuskan nilai Islam dan Melayu dalam Perlembagaan.

Cina bersembunyi di sebalik tuntutan politik dan hak asasi yang dibangkitkan Bersih, manakala parti totok Cina memainkan peranan secara agresif memberikan sokongan politik dan moral kepada Bersih.

Bersih muncul apabila Umno dan rakan BN sekali lagi gagal memperolehi majoriti dua pertiga pada PRU 12 tahun 2008. Gerakan anti Islam dan Melayu diseret ke jalanan oleh gerakan Bersih dan sekutu politiknya.

DAP selaku parti totok Cina memainkan peranan paling mapan. Sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969, suara anti-Melayu dan Islam tidak lagi dinyatakan di jalanan oleh parti totok Cina.

Dalam era orang Melayu sangat sensitif dengan apa sahaja bentuk yang mencabar Islam dan hak Melayu, strategi mengubah Perlembagaan kini bersembunyi di balik isu hak asasi. -MYNEWSHUB.CC

Tags: anti melayuperistiwa 13 meipru 1969
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kucing Masuk Studio Kini Jadi Bintang Media Sosial

Next Post

Wanita Pecah Amanah Duit Majikan Kini Jadi Menawan

Related Posts

Azwanddin Tak Mengaku Salah Beri Ucapan Peristiwa 13 Mei

04/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistert Ampang di sini...

Next Post

Wanita Pecah Amanah Duit Majikan Kini Jadi Menawan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd