• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,000 Pegawai Kerajaan, GLC Ditahan SPRM

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 1,037 pegawai kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berikutan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram antara tahun 2014 sehingga September lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan berkata mereka terdiri daripada 225 penjawat awam dan dua dari GLC yang ditahan pada 2014; 398 penjawat awam dan tujuh pegawai GLC (2015) serta 388 penjawat awam dan 17 pegawai GLC ditahan bagi tempoh Januari sehingga September lepas.

“Jumlah nilai suapan yang dirampas dan dibekukan pada 2014 adalah sebanyak RM113,436,354.80; 2015 (RM30,782,280.29) dan sehingga September 2016 jumlah yang telah dirampas dan dibekukan adalah RM27,554,652.31,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Low menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai bilangan pegawai kerajaan daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta GLC yang ditangkap oleh SPRM bagi kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram setiap tahun mulai 2014 sehingga September 2016 dan jumlah nilai wang tunai, harta dan bentuk rasuah yang lain.

Dalam perkembangan lain, Low berkata kerajaan bersetuju dan menyokong cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) dan laporan itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mengenai pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang dirangka oleh JKNMPP.

Beliau berkata jawatankuasa itu mengesyorkan sebanyak 32 cadangan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu proses pelaksanaan, keperluan satu undang-undang baharu dan kandungannya, serta isu-isu yang lebih luas dan bersifat jangka panjang.

Dalam pada itu, Low turut menjawab soalan daripada Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang ingin tahu adakah wujud undang-undang yang menyatakan apabila wang suapan dikembalikan kepada pemberi rasuah, mereka terlibat dianggap sudah bersih daripada tuduhan rasuah.

Beliau berkata, “Merujuk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM), tidak wujud peruntukan yang menyatakan sekiranya wang suapan dikembalikan kepada pemberi rasuah maka penerima boleh dianggap telah bersih daripada tuduhan rasuah.”

Sekiranya tidak ada keterangan yang dapat membuktikan wang atau harta yang disita diperoleh melalui pelakuan rasuah, maka wang atau harta tersebut akan dikembalikan kepada pemunya, katanya.

Low juga menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mengenai sebab tiada tindakan oleh SPRM terhadap Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dilaporkan menjual tanah diambil alih daripada orang awam untuk tujuan perumahan Perda di Seberang Perai Selatan di bawah harga pasaran sehingga kerugian RM15.2 juta untuk pembinaan rumah kedai yang tidak dipersetujui oleh anak syarikat Perda seperti PERDA Ventures Sdn Bhd.

“SPRM telah menyelesaikan tindakan siasatannya. Kes ini sedang dalam penelitian Pengarah Siasatan sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan sama ada tindakan pendakwaan akan dibuat atau tidak,” kata Senator itu. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd