• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Agensi Kerajaan Di Sabah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan.

Mereka yang berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kira-kira 9.15 pagi tadi kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.

Sumber memberitahu Bernama hari ini bahawa SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3 juta yang disimpan di dalam peti besi di pejabat seorang daripada pegawai kanan itu.

“Kedua-dua pegawai kanan berjawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di jabatan kerajaan itu, yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010, telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

“Hasil penyalahgunaan kuasa ini, yang dipercayai bermula sejak 2010 hingga kini, mereka dipercayai mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta,” katanya.

Sumber itu berkata peruntukan RM3.3 bilion itu hanya merupakan peruntukan yang disalurkan kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk peruntukan kerajaan negeri.

“SPRM juga membuat beberapa siri serbuan di beberapa tempat termasuk agensi terbabit dan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat,” katanya.

Sumber itu berkata perbuatan kedua-dua pegawai kanan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi menutup periuk nasi berpuluh kontraktor lain yang langsung tidak diberikan peluang memasuki tender agensi terbabit.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan tangkapan berkenaan namun, enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

Tags: pegawaiSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd