• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM, Jabatan Audit Negara Kerjasama Tangani Rasuah

oleh AK-47
01/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) sedang dalam usaha memperkukuhkan kerjasama bagi memantapkan keberkesanan operasi dalam menangani isu semasa berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kedua-dua agensi sentiasa memastikan operasi berjalan dengan lebih lancar dan sempurna, sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM serta JAN.

Beliau berkata selama ini, SPRM memang mempunyai hubungan kerjasama yang rapat dengan JAN, antaranya menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam program pertukaran pegawai antara kedua-dua agensi.

“Dengan kerjasama yang terjalin ini, kami berharap ia dapat meningkatkan dan memantapkan keberkesanan operasi antara kedua-dua agensi dalam menghadapi sebarang bentuk cabaran dan kekangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Dzulkifli menerima kunjungan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan rombongan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Rombongan JAN termasuk Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) Datuk Mustafa Saman, Timbalan Ketua Audit Negara (Tadbir Urus) Datuk Che Isa Che Kob dan Pengarah Bahagian Sosial dan Keselamatan Sektor Audit Prestasi Datuk Juhari Haron.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil. – BERNAMA

Tags: Datuk DzulkifliJabatan Audit NegararasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd