• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Songlap RM3.3B: 19 Jurutera Daerah Ditahan SPRM

oleh
21/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketika kes seleweng dana persekutuan RM3.3 bilion di Jabatan Air Sabah (JAS)  terdedah, ada yang menduga ini kes ‘ kenduri sakan’ yakni ramai yang terlibat songlap wang itu.

Logiknya tidak mungkin hanya pengarah dan timbalan pengarah JAS yang telah ditahan reman boleh tutup aktiviti mereka dan ‘curi’ wang dengan mudah puluhan juta selama ini tanpa penglibatan ramai pegawai bawahannya.

Andaian itu terbukti apabila 19 jurutera daerah JAS berjaya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai ada kaitan dengan kes songlap duit yang terbesar dalam sejarah agensi berkenaan.

Sebanyak RM2.4 juta wang tunai turut dirampas dari kalangan jurutera daerah jabatan yang ditahan itu. Mereka dicekup di 27 lokasi yang berasingan sekitar Sabah dalam operasi dijalankan SPRM sepanjang Rabu.

Setakat ini belum lagi dapat dipastikan apakah ada gejala ‘gotong royong’ songlap wang antara orang atas dengan orang bawah di jabatan tersebut selama ini sebelum skandal itu terbongkar bermula pada awal bulan ini.

Namun difahamkan ‘korek punya korek’ dipercayai jurutera daerah terbabit tergamak mengutip sogokan antara 27 hingga 30 peratus daripada keseluruhan nilai kontrak sesetengah tender projek prasarana yang ditawarkan.

Penahanan secara besar-besaran ramai jurutera jabatan negeri berkenaan telah disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki dan disiarkan semua media tempatan hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran tetapi berkata siasatan itu melibatkan dokumen yang banyak dan ia memerlukan masa sebelum SPRM dapat mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam kes seleweng yang menggemparkan itu, SPRM sebelum ini sudah merampas wang tunai, barangan kemas, geran tanah, kereta mewah dan hartanah bernilai lebih RM170 juta dari pengarah dan timbalan pengarah sahaja.

Apa yang mengejutkan ramai pihak apabila visual wang tunai bertimbun-timbun disorok begitu sahaja dalam laci di pejabat dan di rumah suspek terbabit menjadi viral menerusi media sosial. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AKPK: Pasangan Timbang Gabungan Belanja & Sara

Next Post

Pelajar 12 Tahun Maut Lepas Selfie, Jatuh Tingkat 17

Related Posts

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

Next Post

Pelajar 12 Tahun Maut Lepas Selfie, Jatuh Tingkat 17

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd