• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Langkah SPAD Kaji Perkhidmatan Tram Di KL

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rancangan kerajaan mengadakan kajian kemungkinan ke atas perkhidmatan tram sebagai alternatif kaedah pengangkutan awam di Kuala Lumpur menarik minat penduduk bandar raya ini.

Mereka mengakui ia mampu menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang cukup sinonim dengan kehidupan di bandar raya.

Seorang usahawan, Syasya Idris, 46, berkata perkhidmatan tram mampu menambah nilai dan meningkatkan sistem pengangkutan awam sedia ada kerana ia bukan sekadar menjadi penghubung antara satu tempat dan tempat lain tetapi juga menaikkan lagi nama Kuala Lumpur di pentas antarabangsa.

“Saya mempunyai pengalaman menggunakan tram di Paris dan saya harap lebih ramai orang akan memilih kaedah pengangkutan ini apabila ia diadakan di sini kerana ia lebih cekap.

“Jika perkhidmatan tram diadakan di sekitar kawasan Kuala Lumpur, saya adalah antara yang paling gembira,” katanya kepada Bernama.

Pelajar, Harry Allen, 20, berkata beliau gembira dengan penekanan yang diberikan kerajaan ke atas infrastruktur dan pembangunan di negara ini.

“Cadangan perkhidmatan tram itu adalah baik kerana ia memudahkan warga kota untuk bergerak di sekitar Kuala Lumpur. Mereka tidak akan menghabiskan banyak masa menempuh kesesakan lalu lintas.

“Apabila pengangkutan awam cekap, orang ramai akan meninggalkan kereta mereka di rumah dan memilih menggunakan pengangkutan awam kerana lebih selesa,” katanya sambil mahukan tram yang bersih daripada segi alam sekitar.

Seorang lagi warga kota, Jerry Chong, 50, mengalu-alukan rancangan itu yang memberi pilihan tambahan kepada orang ramai untuk ke pejabat atau aktiviti lain.

“Saya gembira dengan kerajaan yang merancang sesuatu seperti ini untuk meringankan keluhan penumpang seperti kami,” katanya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melakukan kajian kemungkinan perkhidmatan tram di Kuala Lumpur sebagai kaedah alternatif pengangkutan awam.

Menurut laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015, kajian itu akan selesai pada tahun depan. – BERNAMA

Tags: Pengangkutan AwamSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd