• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Heli Nuri: SMK Balung, Tawau Ditutup 2 Hari

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau Sabah ditutup selama dua hari berkuat kuasa hari ini susulan insiden helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sekolah itu hari ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata langkah itu diambil bagi membolehkan siasatan dan usaha pembersihan dijalankan tanpa gangguan selain menjamin keselamatan warga sekolah.

“Keputusan penutupan sekolah itu juga diambil selepas nasihat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Berikutan kejadian berkenaan, kementerian telah mengenal pasti tiga bangunan yang mengalami kerosakan iaitu sebuah kantin, dewan yang dalam pembinaan dan sebahagian bumbung sebuah blok tiga tingkat bangunan sekolah.

“Pihak kementerian akan menilai kerosakan dan kos kerugian yang dialami,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak sekolah juga telah diarahkan untuk membuat laporan rasmi kerosakan yang berlaku akibat insiden itu bagi memastikan semua pelajar, guru dan kakitangan berada dalam keadaan selamat dan mendapat bantuan yang sewajarnya.

Kementerian turut mengesahkan lapan orang pelajar dan seorang pekerja pembersihan cedera ringan, manakala dua pelajar mengalami trauma.

“Pihak sekolah telah mengambil tindakan segera dengan menghantar semua pelajar yang cedera ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

“Enam daripada lapan pelajar itu telah dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan. Kementerian juga akan memberikan kaunseling kepada dua pelajar yang mengalami trauma,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira 9.35 pagi itu ketika pesawat TUDM tersebut membuat latihan penerbangan harian.

Seramai 14 anggota TUDM turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau. – BERNAMA

Tags: nahas helikopterSekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bilik Asrama Terbakar, 5 Pelajar Dimasukkan Ke HTAA

Next Post

Najib Sifatkan Aziz Tokoh Pejuang Melayu Banyak Berjasa

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post

Najib Sifatkan Aziz Tokoh Pejuang Melayu Banyak Berjasa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd