• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem mySIKAP Pulih, Boleh Diakses Sepenuhnya – KP JPJ

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengalami gangguan capaian sejak semalam sudah pulih dan boleh diakses sepenuhnya hari ini, kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pengarah teknologi maklumat jabatan itu awal pagi ini.

“Kami telah ambil langkah segera memperbaiki keadaan dengan melakukan penambahbaikan dan meningkatkan sistem keselamatan yang tidak stabil.

“Alhamdulillah urusan transaksi perkhidmatan JPJ telah pulih seperti sedia kala pagi ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melakukan kunjungan ke Cawangan Stesen Penguatkuasaan JPJ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

JPJ dalam kenyataan semalam memaklumkan sistem mySIKAP mengalami gangguan capaian ekoran masalah teknikal dan keselamatan, menyebabkan transaksi perkhidmatan JPJ, termasuk dalam talian terjejas. – BERNAMA

Tags: JPJmySikap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd