• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Kebakaran HSA Dijangka Selesai 1 Minggu

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menjelaskan pihaknya akan menerima laporan siasatan berhubung kejadian kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) dalam tempoh seminggu lagi.

Menurutnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat memerlukan tempoh satu minggu bagi menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca kejadian sebelum mengisytiharkan keseluruhan unit berkenaan selamat digunakan secara keseluruhan.

“Bagaimanapun, blok lain di hospital masih boleh digunakan secara berterusan.

“Selepas siasatan dan laporan siap, kami akan membuat pembaharuan dalam sistem hospital dan tindakan susulan lain,” katanya pada sidang media di sini.

Siasatan Kebakaran HSA Dijangka Selesai 1 Minggu

Jelasnya, saksi awal mendapati kejadian berlaku dari bilik rawatan di tepi unit ICU tetapi siasatan masih diteruskan dan enggan membuat sebarang spekulasi berhubung punca kejadian itu.

Beliau berkata, kebakaran wad di tingkat dua bahagian selatan ICU itu merebak cepat kerana ada alat bantuan pernafasan mengandungi gas oksigen digunakan pesakit.

Menurutnya, gas oksigen yang bersifat mudah terbakar ini menjadi antara sebab api marak dengan cepat dan sukar dikawal.

“Ada staf yang sudah pengsan kerana menghidu asap tebal dan ada staf yang cuba menyelamatkan pesakit tetapi tidak berjaya sehingga anggota bomba datang membantu.

“Seorang pesakit telah diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail sementara tiga kakitangan hospital masih mendapatkan sistem ventilasi pada masa sekarang,” katanya.

Siasatan Kebakaran HSA Dijangka Selesai 1 Minggu

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, enam orang pesakit iaitu empat wanita dan dua lelaki maut akibat terperangkap dalam wad tersebut.

Subramaniam menegaskan pemeriksaan prosedur tahap keselamatan di HSA sentiasa dilakukan dan tidak timbul isu tiada pemeriksaan dibuat.

“Kementerian mempunyai satu skuad khas yang memantau semua hospital di negara ini dan mengenal pasti risiko dan mengatasinya. Kami juga tidak mahu kejadian ini berlaku,” katanya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu dan pihak hospital akan terus membantu dan memberikan sokongan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kebakaranKementerian Kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd