Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Parlimen AS Lulus Undi...

WASHINGTON - Dewan Rakyat Amerika Syarikat mengundi untuk menyekat penjualan pesawat komersial Boeing...

Pangkalan Data Mengandungi 4...

SHAH ALAM - Pangkalan data dipercayai milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa telah...

Hafeez Mikail, Daiyan Trisha...

SEJAK kebelakangan ini, pelakon drama Hati Perempuan iaitu Hafeez Mikail sering kali memuat...

Hospital P.Pinang Cari Waris...

GEORGE TOWN - Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari anggota keluarga atau waris kepada...

Sazali Samad Kemukan Rayuan Kedua Kepada PBBM

PUTRAJAYA – Jaguh bina badan negara, Sazali Samad, yang dikenakan hukuman gantung empat tahun selepas gagal dalam ujian doping tahun lepas, akan menfailkan rayuan kedua kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM).

Beliau digantung empat tahun selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 Sept tahun lepas dan hukumannya bermula pada 22 Sept.

Sazali menerusi peguamnya, Mohd Norasmawi Norani berkata pihaknya akan menghantar surat rayuan itu dalam tempoh dua minggu lagi.

“Rayuan ini atas nama Sazali Samad sendiri bukan seperti sebelum ini iaitu menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ataupun Majlis Sukan Negara (MSN).

“Sazali juga sudah bersara daripada PDRM, jadi rayuan ini adalah secara individu buat kali kedua. Kami akan merujuk kepada rekod atlet angkat berat yang penggantungan atlet mereka (akibat kesalahan doping) hanya dua tahun.

“Bagi saya, sepatutnya tiada masalah untuk meringankan hukuman itu kerana Sazali didapati doping di luar kejohanan dan beliau sendiri tidak lari daripada pertuduhan,” kata Mohd Norasmawi kepada pemberita selepas majlis perasmian Akademi Sazali Samad di i-Tech Tower, Shaftsbury, Cyberjaya di sini.

Untuk rekod, Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) dan Mumbai, India (2014).


Anak jati Batu Pahat, Johor itu, yang digelar ‘Orang Besi Malaysia’ juga pernah meraih gelaran Mr Asia sebanyak sembilan kali iaitu pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Sementara itu Sazali ketika ditemui berkata beliau berharap badan induk sukan bina badan itu dapat mempertimbangkan rayuannya kali ini.

Katanya beliau masih bersemangat mahu bertanding di pentas antarabangsa dan tetap menjalani latihan walaupun dalam tempoh pergantungan.

“Harap-harap rayuan kali ini berhasil untuk dua tahun sahaja. Walaupun sudah berusia, saya tidak fikir itu adalah halangan untuk saya bertanding lagi. Bagi saya adalah penjagaan badan itu paling penting dan disiplin,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori