• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Tangkap: Doktor ‘Dikasari’ Pasukan Elit Polis

oleh AK-47
13/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG doktor muda terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila dikejar sepasukan polis elit selepas disangka penjenayah di gerai makanan berdekatan Hospital Serdang, baru- baru ini.

Dalam kejadiankira-kira pukul 7.45 malam Jumaat lalu, doktor lelaki yang berusia 28 tahun sedang makan di gerai makanan sebelum 12 anggota dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) menyerbu kawasan makan itu.

Ini menyebabkan orang ramai berlari bertempiaran menyelamatkan diri.

Difahamkan, doktor berkenaan turut melarikan diri kerana menyangka anggota polis itu adalah penjenayah kerana tiba dengan berpakaian hitam, lengkap dengan balaclava dan senjata berat.

Ketika kejadian, doktor berkenaan memakai pakaian doktor dengan tag pengenalan hospital dan stetoskop di lehernya.

Doktor yang bertugas di Jabatan Kardiologi, Hospital Serdang itu dicekup dan direbahkan ke atas lantai, sebelum digari dan disoal siasat untuk beberapa jam kerana disangka penjenayah.

Seorang doktor kanan dilaporkan merayu anggota Stafoc melepaskan rakannya tetapi tidak diendahkan pasukan itu.

Dia kemudian dibawa ke balai polis untuk soal siasat dan dibebaskan dengan jaminan pada jam 3 pagi esoknya oleh ayahnya yang kebetulan seorang pegawai polis di Kuala Lumpur.

The Sun melaporkan pasukan Stafoc tiba di hospital selepas mendapat tahu tujuh penjenayah yang terlibat dalam sebuah rompakan di Kajang berada di ruang makan dekat tempat letak kereta hospital itu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian itu dan menyifatkan ianya sebagai salah faham.

“Polis sudah menjelaskan tujuan mereka ketika itu mahu menangkap penjenayah dan mengarahkan orang awam untuk tidak bergerak.

“Apabila ada yang lari, sudah tentu ada tindak balas daripada anggota polis kerana ketika itu mahu menangkap penjenayah,” katanya yang dipetik dari The Sun.

Beliau memberi jaminan penyiasatan menyeluruh sedang dilakukan dan berharap orang ramai tidak membuat spekulasi.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu yang dianggap sesuatu yang malang dan simpati dengan nasib doktor tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: doktorpolissalah faham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd