• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Miliki Waran Tangkap Ditahan Dalam Operasi

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Lapan penunggang motosikal termasuk seorang remaja berumur 17 ditahan polis dalam satu operasi di Jalan Ayer Tawar-Lumut, berhadapan pusat boling Ocean Bowl di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata remaja itu bersama seorang lagi penunggang ditahan kerana mempunyai waran tangkap, manakala enam lagi ditahan akibat menunggang secara berbahaya sehingga membahayakan nyawa orang awam.

Katanya dalam operasi yang bermula 2 petang hingga 7 pagi tadi itu, sebanyak 24 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai motor, cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen dan tidak memakai topi keledar.

“Kami turut menyita 21 motosikal atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai secara haram.

“Selain itu, tiga penunggang motosikal mengalami kecederaan selepas berlanggar sesama sendiri apabila cuba melarikan diri daripada sekatan polis,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini hari ini.

Tengku Mohd Zailan berkata 50 anggota dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung terlibat dalam operasi tersebut.

Katanya semasa operasi sebuah kereta Honda Civic pecah cermin depan dipercayai akibat terlanggar motosikal selepas pemandu membuat pusingan balik bagi mengelak sekatan polis di kawasan berkenaan.

Zailan berkata bagaimanapun polis berjaya mengejar kereta berkenaan tetapi pemandunya yang berumur 24 tahun melarikan diri dan meninggalkan dua rakan, masing-masing berumur 25 serta 16 tahun.

“Kami menasihati pemandu berkenaan supaya menyerah diri di IPD Manjung cawangan trafik untuk membantu siasatan. Pemeriksaan juga mendapati cukai jalan kereta telah tamat tempoh sejak Februari lalu,” katanya. – BERNAMA

Tags: remajawaran tangkap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd