Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Anak Ke-14 Juga Lelaki...

TIGA belas anak lelaki dan kini pasangan suami isteri ini mempunyai anak yang...

Juanda: Politik Baharu Tidak...

KUCHING - "Politik baharu tidak semestinya diteraju lapisan muda, yang penting amanah dan...

Militan ISIS Adalah Ciptaan...

Organisasi Pengganas Negara Islam (ISIS) adalah ciptaan Amerika Syarikat, kata bekas Perdana Menteri,...

Netflix Sorok Banyak Konten...

Konten di Netflix terlalu banyak membuatkan kadang-kala kita sudah tidak tahu hendak menonton...

Tahniah… Radhi OAG Timang Anak Lelaki Ketiga

SELAIN pelakon Nad Zainal, penyanyi Radhi (OAG) turut menimang cahaya mata ketiganya, pada Sabtu.

Berita gembira itu dikongsinya menerusi laman Instagram.

Menerusi perkongsian gambar itu, isteri Radhi iaitu Nur Syahira Ayu selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 2.40 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Rawang, Selangor.

Radhi turut menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan cahaya mata ketiga ini.

“Alhamdulillah… #MuhammadMuhammadRadhi Selamat #BismilLAHIRahmannirahim Amiiin,” tulisnya.

Alhamdulillah… #MuhammadMuhammadRadhi Selamat #BismilLAHIRahmannirahim Amiiin😌

A photo posted by muhammad radhi razali (@radhioag) on


Rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Sebelum ini, pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan, Nur Aisyah berusia 2 tahun.

Manakala, menerusi perkahwinan pertama Radhi dengan bekas isterinya, Shazlin Shari, mereka mempunyai anak lelaki, Mohd Rifdhi Muslim yang kini berusia 11 tahun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori