• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diminta Bersedia Wujudkan Kelas Secara ‘Online’

oleh Ahmad Albab
09/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pihak pengurusan Pusat Pengajian Tinggi (PPT) di negara ini perlu bersedia untuk mengendalikan kelas atau kuliah secara dalam talian seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian digalakkan kerana ia telah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

Katanya baru-baru ini empat buah fakulti di Universiti Malaya (UM) menutup kelas kuliah mereka selama seminggu setelah sidang pengajarannya berjaya dilakukan secara dalam talian.

Beliau berkata setiap pengurusan Universiti Awam perlu bersiap sedia dengan perkembangan teknologi yang dilaksanakan bukan untuk menjimatkan kos, sebaliknya untuk memberi kemudahan kepada semua pihak dalam menuntut ilmu.

“Saya turut berbangga kerana UiTM (Universiti Teknologi Mara) juga akan mengikuti jejak pembelajaran secara dalam talian dengan pengwujudan ‘smart classroom’ pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Idris yang juga Anggota Parlimen Besut dalam pada itu berkata Malaysia merupakan satu-satu negara di dunia yang telah mengorak langkah bagi melaksanakan pembelajaran dalam talian melalui sistem MOOC (Massive Open Online Courses) yang diiktiraf dunia dan ia perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh PPT di negara ini mulai sekarang.

“Dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat, KPT kini amat menggalakkan pembelajaran mengikut cara sendiri dengan sistem MOOC yang diprkenalkan kepada pelajar ini,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, UM, UiTM dan Open University sedang melaksanakan MOOC di kalangan pelajarnya.

Idris pada majlis itu turut merasmikan perpustakaan yang dilengkapi sistem Teknologi Maklumat terkini dengan bantuan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu.

Turut hadir, Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. – BERNAMA

Tags: Idris JusohUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd