• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Terowong Dasar Laut: Jason Loo Jieh Sheng Disaman

oleh Ahmad Albab
18/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo Jieh Sheng kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang.

Selaku plaintif, syarikat yang diberi kepercayaan membina terowong itu, memfailkan saman pada 8 Ogos lepas menerusi Tetuan Harjinder & Associates.

Media memperoleh salinan dokumen itu hari ini melalui Peguam Chai Ko Ting yang mewakili Loo, ketika kes itu ditetapkan untuk sebutan dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Ain Hamzah.

Semasa ditemui pemberita, Chai berkata pihaknya memohon supaya kes saman itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan 21 Nov ini ditetapkan untuk pengurusan kes berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Consortium Zenith mendakwa pada 23 Jun lepas, Loo selaku defendan telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah kepada wartawan-wartawan, yang kemudian diterbitkan dalam portal berita Malaysiakini pada hari sama.

Syarikat itu mendakwa Loo membuat kenyataan yang turut mempersoal kredibiliti kerja syarikat itu selain mendakwa ia tidak boleh dipercayai, tidak jujur, penipu dan terlibat dalam aktiviti rasuah.

Syarikat berkenaan, yang mendakwa reputasinya terjejas akibat kenyataan fitnah itu, telah menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Syarikat itu juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan atau pekerjanya daripada menerbitkan semula perkataan fitnah itu selain menuntut permohonan maaf daripada defendan.

Consortium Zenith, dalam pernyataan tuntutannya, berkata pada 6 Okt 2013 syarikat itu diberikan kontrak oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjalankan kajian dan reka bentuk terperinci mengenai projek terowong dasar laut serta tiga jalan utama di negeri itu.

Tiga projek lebuh raya itu ialah jalan berkembar 12 kilometer (km) dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang; lencongan 4.6 kilometer dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lencongan 4.2 kilometer dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Sementara itu, Loo dalam pernyataan pembelaannya menafikan bahawa beliau pernah menyebut nama Consortium Zenith ketika membuat kenyataan kepada wartawan pada 23 Jun lepas sebaliknya, hanya merujuk kepada wakil-wakil atau pegawai-pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang.

Loo, yang memfailkan tuntutan balas terhadap saman itu pada minggu lepas, mendakwa beliau turut difitnah syarikat berkenaan dan mendakwa syarikat itu tidak memberikan gambaran sebenar tentang fakta, isi dan mengelirukan semua pihak dengan mengambil tindakan saman secara melulu terhadapnya. – BERNAMA

Tags: GerakanPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd