• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek PR1MA Seluruh Negara Tiada Masalah Kelewatan

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini diberitahu bahawa kesemua projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di seluruh negara tidak mengalami masalah kelewatan dan ia berjalan mengikut jadual.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan pelaksanaan projek PR1MA dilaksanakan dengan baik.

“Semua projek PR1MA mengikut jadual…tidak mungkin PR1MA akan dapat berbuat demikian kalau mempunyai masalah pembayaran dan sebagainya,” katanya menjawab soalan tambahan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) mengenai jumlah projek PR1MA yang mengalami kelewatan kerana masalah pembayaran kepada pihak subkontraktor.

Beliau berkata pada masa ini, sebanyak 90 projek PR1MA terdiri daripada 103,615 unit rumah telah memulakan pembinaan di pelbagai lokasi seluruh negara.

Katanya, ia melibatkan projek di Johor dengan 5,747 unit; Kedah (13,987); Melaka (16,860); Negeri Sembilan (6,468); Pahang (7,263); Pulau Pinang (15,005); Perak (10,282); Perlis (1,311); Sabah (7,724) Sarawak; (4,288); Selangor (7,864); Terengganu (350); Kuala Lumpur (4,797) dan Kelantan (1,669).

Shahidan berkata sebanyak 1,332 unit rumah pula telah berjaya disiapkan meliputi Putrajaya (530) serta Kuala Ketil (321) dan Sungai Petani (481) di Kedah.

Menjawab soalan tambahan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) berhubung pemilihan lokasi projek PR1MA yang tidak sesuai, Shahidan berkata kerajaan sedia untuk berbincang dengan anggota Parlimen bagi mengenal pasti lokasi yang terbaik.

“Bila kita nak buat rumah, kita perlukan tanah, tanah ini diberi atau ditunjukkan oleh kerajaan negeri, tetapi kita bina rumah bukan di sebarang tempat,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan memberikan sindiran sinis kepada pembangkang kerana tidak mendengar insentif yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lepas mengenai PR1MA.

“Hasil Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini didengar oleh rakyat Malaysia kecuali sebahagian kecil pembangkang, mereka tidak dengar Bajet,” katanya merujuk tindakan anggota Parlimen pembangkang yang mempamerkan plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 sedang berlangsung.

Pada pembentangan Bajet 2017 itu, Perdana Menteri mengumumkan skim pembayaran akhir khas jenis kadar tambah bagi program PR1MA yang memberi pembiayaan lebih mudah dan boleh dinikmati pembeli.

Melalui skim itu, jumlah pinjaman mencecah 90 peratus hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik. – BERNAMA

Tags: PR1MAShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: ‘Awak Minta Maaf Dan Terus Tutup Kes Ini’

Next Post

2 Lelaki Terbabit 33 Kes Curi Kabel TM Ditahan Polis

Related Posts

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Next Post

2 Lelaki Terbabit 33 Kes Curi Kabel TM Ditahan Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd