• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Iran Diberi Sambutan Rasmi

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden Iran Dr Hassan Rouhani hari ini diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini sempena lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia.

Ketibaan Rouhani, yang memegang jawatan itu sejak 2013, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas lagu kebangsaan Iran dan Malaysia dimainkan, Rouhani memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mej Wan Azrul Wan Yahya.

Najib kemudian memperkenalkan Rouhani kepada anggota Kabinetnya, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Sejurus selepas itu, Najib mengadakan pertemuan dengan Rouhani diikuti mesyuarat delegasi.

Kedua-dua pemimpin itu dijadual menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Ekstradisi antara Malaysia dan Iran.

Lawatan dua ke Malaysia adalah antara program Jelajah Asia Tenggara oleh Rouhani yang akan turut melawat Vietnam dan Thailand.

Rombongan Rouhani turut disertai Menteri Hal Ehwal Luar, Dr Mohamad Javad Zarif, menteri kanan dan pegawai kanan kerajaan.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata lawatan itu mengesahkan dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dan Iran. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPresiden Iran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

‘Saya Pun Malu Telefon Nak Minta Lagi. Orang Tengah Perang’ – PMX

‘Saya Pun Malu Telefon Nak Minta Lagi. Orang Tengah Perang’ – PMX

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau berasa serba salah untuk menghubungi Presiden Iran bagi meminta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd