• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tembak Mati 2 Penjenayah Samun Di Miri

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis menembak mati dua lelaki warganegara asing yang dipercayai terlibat dalam 16 kes samun pelbagai barangan bernilai lebih RM200,000 sepanjang tahun lepas dan 2016 dalam satu serbuan pada pukul 1 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata semasa serbuan di sebuah rumah kosong di Luak Bay, kedua-dua suspek dipercayai berumur 30-an telah menyerang polis dengan parang dan melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senapang buatan sendiri ke arah polis.

“Identiti kedua-dua suspek tidak dapat disahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian tapi kita percaya mereka warganegara asing,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas senapang dan parang yang digunakan oleh kedua-dua suspek untuk menyerang polis dan menjumpai beberapa harta disyaki hasil samun, di tempat kejadian.

Dev berkata pada 5 petang semalam, dua suspek warganegara asing iaitu seorang lelaki berumur 55 tahun dan wanita berumur 25 tahun yang mempunyai kaitan dengan dua suspek yang ditembak itu turut ditangkap di sebuah rumah di pinggiran hutan bersebelahan Taman Jelita Miri.

“Kedua-dua suspek akan ditahan reman hari ini untuk membantu siasatan kerana sewaktu tangkapan dibuat pelbagai barang yang disyaki disamun telah ditemui di dalam rumah kongsi tersebut,” katanya.

Beliau menyifatkan kumpulan itu amat berbahaya kerana menyamun menggunakan senjata dan pernah mencederakan mangsa semasa melakukan samun khususnya di kawasan Bakam dan Luak.

“Kes terbaharu dilakukan kumpulan ini ialah pada pukul 3.10 pagi semalam (15 Oktober) apabila tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang memecah masuk sebuah rumah di Taman Fabulous, Jalan Armenia Miri melibatkan mangsa sepasang suami isteri bersama dua anak berumur 5 dan 11 tahun,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada suspek meletakkan parang di leher isteri mangsa dan barangan yang disamun ialah TV Samsung 40 inci, telefon bimbit, jam tangan serta wang tunai dengan nilai kerugian RM23,000.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitter beliau mengucapkan syabas atas kejayaan menumpaskan dua penjenayah tersebut serta merampas senapang, peluru dan menyelesaikan 16 kes samun. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd