• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Muat Naik Gambar Lucah Kanak-Kanak

oleh AK-47
15/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai memuat naik gambar lucah kanak-kanak di laman sosial di Jinjang Utara di sini hari ini.

Lelaki itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di rumahnya dalam operasi pada pukul 9.50 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis menerima maklumat mengenai aktiviti eksploitasi kanak-kanak di laman sosial daripada Polis Taiwan.

“Gambar-gambar lucah kanak-kanak ini dipercayai dimuat naik di Malaysia berdasarkan ‘IP address’ komputer (lelaki itu),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amar Singh berkata siasatan mendapati ‘IP address’ tersebut didaftarkan atas nama lelaki tempatan yang dipercayai membuat perkongsian gambar lucah melibatkan kanak-kanak di internet.

“Polis turut merampas pelbagai barang antaranya telefon bimbit, komputer riba, modem, CPU (unit pemprosesan pusat) dan pasport daripada lelaki itu.

“Barang kes telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk dianalisa dan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya.

Amar Singh berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki atau menyebarkan bahan lucah yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun. – BERNAMA

Tags: gambar lucahjenayah online
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Wanita Rugi RM730,000 Terpedaya Pelaburan Tak Wujud

Peniaga Didenda RM3,000, Miliki Gambar Lucah Dalam Komputer Riba, Telefon Bimbit

29/12/2023
0

Kuala Lumpur: Padah memiliki gambar lucah dalam komputer riba dan telefon bimbit, seorang penjual baju atas talian didenda RM3,000 oleh...

Pembantu Kedai Didenda RM5,000 Miliki Gambar, Video Lucah

Pembantu Kedai Didenda RM5,000 Miliki Gambar, Video Lucah

17/05/2023
0

TAIPING : Padah memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit, seorang pembantu kedai didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd